Oleh Izzah Abbasy
Proses bersalin pasti membuatkan bakal ibu atau seorang ibu akan mengalami rasa takut, mulalah berfikir bukan-bukan dan yang pastinya mengharap semuanya akan berjalan dengan lancar serta selamat. Namun, jika masih belum tiba bukaan rahim yang dikehendaki iaitu 6 sentimeter (cm), si ibu terpaksa menanggung sakit sehingga doktor terpaksa menggunakan cara 'induce' untuk merangsang bayi keluar. Sememangnya, cara tersebut sangat menyakitkan setiap ibu yang merasai. Bagaimana nak tangani agar bukaan rahim mudah terbuka? Berikut, cara yang boleh membantu para ibu. 1. Banyakkan berjalan Penat kan nak berjalan ke sana sini? Tetapi, demi untuk memudahkan proses bersalin, anda terpaksa berkorban. Berjalan perlahan-lahan pun tidak mengapa sambil si suami memimpin anda. 2. Jangan minum air selusuh terlalu awal Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, bolehlah minta kebenaran doktor untuk minum. 3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah. Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi. 4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami Dekatdekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebihlebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar anda dan bayi selamat. 5. Baring mengiring sebelah kiri Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang. 6. Banyakkan bersujud Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. CARI Infonet
|
mummychiaz replied at 4-12-2015 11:46 AM
bersujud..masyaAllah..Allah maha mengetahui dan perancang terbaik..
sebab tu ada nya bersujud dlm ...
naina replied at 4-12-2015 04:52 PM
Supaya bby xs0nsang pun ye gk
Ngn kes uri kt bwh
ADVERTISEMENT