CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bukan Semata-Mata Seks, Golongan Isteri Setuju Suami Sering Lupa Nafkah Sokongan Emosi Dan Mental

4-12-2023 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10557| Komen: 6

PETALING JAYA – Kebanyakan golongan isteri bersetuju ramai suami terlepas pandang dua nafkah penting dalam perkahwinan iaitu memberi sokongan emosi dan penjagaan mental pasangan.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia (PHM) di Facebook, nafkah batin bukan hanya melibatkan hubungan kelamin antara suami isteri, namun ia merangkumi keperluan emosi dan kesihatan mental isteri.




“Sebagai suami beri kasih sayang secukupnya kepada isteri, tidak menyakitkan hati isteri, tidak berkata kesat dan tidak bersikap kasar.

“Beli jiwa isteri kerana isteri bukan untuk disakiti,” katanya menerusi perkongsian poster yang disiarkan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai para isteri memberi pelbagai reaksi berhubung perkongsian PHM.

“Saya ada dua orang kawan pejabat yang selalu kena marah dan dikongkong oleh suami. Kesian tengok sebab suami mereka kerap hubungi waktu kerja, tak angkat siaplah.

“Lebih teruk, mereka pun dah malas nak kerja, sedangkan suami bukan mampu sangat dari segi kewangan. Tengok mental kawan saya macam teruk sangat dah. Mana kerja sibuk, suami pula tekan emosi,” kongsi Cik Lina.


“Betul itu, suami yang ada belas ihsan bila isteri beremosi dia pujuk, bukan kata isteri perangai tak elok atau mengada-ngada. Suami yang menyantuni dan memuliakan isteri selalunya rezekinya melimpah ruah,” pesan Ifa Idris.

“Setuju, lebih-lebih lagi sewaktu si isteri tu tengah mengandung,” kata Shue. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 4-12-2023 08:45 PM
Actually bukan pada isteri, semua orang kau tak boleh sakiti hati.

Ingat tu acik² forum
Quote ayahibu85 4-12-2023 09:03 PM
siapa pembuat konten2 PHM ni eh? serius nak tahu. sebab isu yang diketengahkan bersifat general dan bukan kesihatan sahaja.

bagusla gitu ek
Quote ninja boy 4-12-2023 09:36 PM
Adik manis abangla ada sayang
Quote laqoyah 4-12-2023 10:18 PM
melayu dgn isu poligami..berpisah tiada
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 08:46 PM

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.035554 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top