PETALING JAYA – Isteri tidak sepatutnya menghalang suami daripada melakukan aktiviti luar dengan alasan masa dan komitmen perlu dicurahkan sepenuhnya pada keluarga. Menurut sebuah hantaran di laman Facebook Public Health Malaysia, sama seperti isteri, kaum suami juga perlukan ‘me time’ untuk kesihatan mental yang lebih terjamin.
“Ramai suami yang dahulunya sihat dan aktif sebelum kahwin, menjadi boroi dan gemuk. “Ini kerana aktiviti yang digemari sebelum ini seperi bersukan, memancing dan aktiviti luar tidak dapat diteruskan kerana komitmen penuh kepada keluarga,” katanya. Tambah PHM, ada juga sesetengah lelaki yang takut untuk membeli barang dengan tujuan ‘self reward’ kerana risau dikritik oleh isteri. “Berbeza dengan wanita, lelaki sikapnya memang tidak suka bercakap. Seronok pun diam, sedih pun diam, banyak yang dipendam menyebabkan risiko masalah mental berganda.
“Mereka hanya boleh menjadi “diri sendiri” apabila bersama dengan rakan. Sekali sekala, benarkan mereka untuk keluar bersosial tanpa ditemani isteri dan keluarga,” katanya. Demi menjaga kesihatan mental suami, PHM menasihati golongan isteri di luar sana agar memberi kebebasan untuk suami melakukan aktiviti yang digemari. “Galakkan suami untuk aktif semula di padang dan beri mereka secebis kebebasan seperti zaman bujang. “Sekali sekala benarkan mereka hadiahkan sesuatu untuk diri sebagai ganjaran kepada diri sendiri. “Walaupun tubuh besar, didalamnya masih anak kecil yang ada banyak impian dan barang barang yang ingin dibeli,” katanya. – CARI Sumber: Kosmo
|
Walaupun tubuh besar, di dalamnya masih anak kecil yang ada banyak impian dan barang barang yang ingin dibeli
ADVERTISEMENT