CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rahsia Terbongkar Gara-Gara Tak Boleh Jadi Wali- 30 Tahun Bersekedudukan Sampai Ada 6 Anak!

4-12-2023 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8187| Komen: 38

PETALING JAYA – Hasrat seorang anak untuk berkahwin berjaya membongkar rahsia ibu dan bapanya yang bersekedudukan hampir 30 tahun sehingga memiliki enam anak.

Perkara itu didedahkan oleh Pengasas Rumah Amal, D’Ezzya Baiti Al Jannah, Ezzya Ezza Ezzyat menerusi satu perkongsian di Facebook.


Menurutnya, kejadian itu terbongkar selepas remaja perempuan berusia 19 tahun berkenaan ingin menghantar borang nikah, namun gagal mendapat persetujuan bapanya untuk menjadi wali.

Gambar Hiasan

“Bertanya kepada ibunya kenapa bapa enggan jadi wali untuk urusan nikah. Wanita itu menjawab bapa tidak boleh menjadi wali, kerana mereka tak pernah berkahwin.

“Pihak agama menghubungi ibu dan bapa untuk mendapatkan kepastian. Mereka (pasangan) membuat pengakuan tidak pernah kerkahwin sehingga penamat anak seramai enam orang,” katanya.

Ketika ditanya mengenai maklumat anak-anak yang mempunyai bin dan binti, ibu kepada remaja itu memberitahu urusan mendaftarkan sijil kelahiran ketika itu mudah.


“Jadi, pejabat agama minta si bapa buat akuan sumpah mengatakan dia tidak pernah berkahwin dan mahu menggunakan wali hakim untuk urusan pernikahan anaknya.

“Namun si bapa enggan memberikan kerjasama kerana takut membuka aib dan menjejaskan maruah.

“Maka, pejabat agama pun tidak dapat membantu wanita itu untuk berkahwin,” jelasnya.

Justeru, Ezzya Ezza Ezzyat berkata, remaja itu kemudian ditinggalkan oleh bakal suaminya dan membawa diri sebelum terjebak dengan najis dadah.

“Dari situ dia sudah tidak ada ‘pantang larang’ dan duduk bercampur antara lelaki dan wanita. Sambil hisap dadah, melayan pula seks bebas.

“Daripada satu kelahiran, berjangkit-jangkit jadi enam. Dah serupa dengan ibu dan bapa biologinya,” ujarnya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 4-12-2023 11:17 AM
kalau ye pun jgn la mewariskan kevodohan,tau nk berjimak je tapi xnk cara halal,
Quote orkid_amani 4-12-2023 11:24 AM
Tengok gambaq yg post kat fb tu kalau betul la pmpuan tuu..ada penampakan baby bump..huhuu..xfaham ayat last tuu sampai ada 6 org ank..maksudnya lepas dia xjadi kawen dia amalkan sex bebas sampai beranak 6x ka?
Quote otai_g 4-12-2023 11:34 AM
Ko ingt nak buat surat beranak kerani dkt jpn tu bodoh? Dia cek surat nikah, ic semua bagai la. X cukup document x keluar surat beranak
Quote Decaffeinated 4-12-2023 11:35 AM
Kawin ja lah dengan bapa biologi tu, di sisi Islam kan halal.

Quote ujio 4-12-2023 11:37 AM
Tang anak nak menikah reti lak bapak ngok tentang hukum...
Quote prettyuglybabe 4-12-2023 12:07 PM
hasanah jua kah..
kalau dah kawin, kelahiran anak mencurigakan pun pejabat agama bagi wali hakim..
inikan pulak mak bapak terang mengaku semua anak luar nikah..
sengaja nak orang maki jpn pejabat agama segala ke?
Quote scorpionkiki 4-12-2023 12:56 PM
Kawin kat siam dan daftar sini tak boleh ka?
Quote Kitty_catz 4-12-2023 01:10 PM
ingat kan berita negara konoha...rupa2nyehh kat peejay uolsss

isyh isyh isyhhhh
Quote sharlenetexas 4-12-2023 01:20 PM
Jadi, pejabat agama minta si bapa buat akuan sumpah mengatakan dia tidak pernah berkahwin dan mahu menggunakan wali hakim untuk urusan pernikahan anaknya.

“Namun si bapa enggan memberikan kerjasama kerana takut membuka aib dan menjejaskan maruah.

30 tahun duk sekali tak rasa aib pulak.



Quote ketupatnasi 4-12-2023 01:58 PM
prettyuglybabe replied at 4-12-2023 12:07 PM
hasanah jua kah..
kalau dah kawin, kelahiran anak mencurigakan pun pejabat agama bagi wali hakim..
i ...

hehe. kan. pastu masa daftar anak dulu, buat surat beranak, daftar sekolah, mohon IC la semua tu.....lepas bagi maklumat pelesu?

Quote Samerosie 4-12-2023 02:15 PM
Mak bapak x pernah kawin then beranak sampai 6.  Tapi senang boleh buah birth cert. Sekali mungkin  oklah ni sampai 6kali takan jpn x perasan?  
Quote noorhairiahma 4-12-2023 02:18 PM
scorpionkiki replied at 4-12-2023 12:56 PM
Kawin kat siam dan daftar sini tak boleh ka?

Kena denda nanti.
Quote glump 4-12-2023 03:41 PM
Masa dia nk kawin mintak je pakai wali hakim dah dia kategori ank Tak sah taraf. Tapi org ni terus bitter Tak jadi kawin .. mungkin juga tekanan Dr keluarga lelaki yg tidak mahu menantu Tak sah taraf.
Quote bonggo 4-12-2023 04:02 PM
Mcmana boleh daftar binti kalau x de sijil nikah.  Nak sekolah drjah 1 pun kena attach sijil nikah xkan la boleh sembunyikan mcm tu punya lama xde sapa suspect apa2
Quote dua_chzy 4-12-2023 04:07 PM
Artinya hada loophole dalam sistem JPN negeri sheols.

Atau meka beli surat beranak.
Quote prince_marhaen 4-12-2023 04:09 PM
founder rumah sejenis hasanah ke ni..... acah2 kakak pelindung sambil cerita2 fantasi,,,cukup bulan dapat dana tabung...
Quote makneng 4-12-2023 04:13 PM
Siyal nya makpak selfish mcm ni! Fefeeling angelina n bradpitt ke noks? Agelina n bradpitt pun ujung2 nikah jua wpun cerai akhirnya
Quote jazaa100 4-12-2023 04:50 PM
otai_g replied at 4-12-2023 11:34 AM
Ko ingt nak buat surat beranak kerani dkt jpn tu bodoh? Dia cek surat nikah, ic semua bagai la. X cu ...

Dulu daftar kat balai polis je kannn.....
Thn 90an
Quote jazaa100 4-12-2023 04:52 PM
glump replied at 4-12-2023 03:41 PM
Masa dia nk kawin mintak je pakai wali hakim dah dia kategori ank Tak sah taraf. Tapi org ni terus b ...

Kadi suruh ayah buat akuan sumpah tapi ayah dia tanak

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:55 AM GMT+8 , Processed in 0.041735 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top