Seorang mahasiswa tergamak membunuh kekasihnya selepas mengesyaki wanita tersebut hamil, dalam kejadian di Tasikmalaya, Jawa Barat. Serambinews melaporkan, suspek yang dikenali sebagai Herdis Permana, 20, melakukan perbuatan kejam tersebut kerana panik selepas mangsa mengakui tidak datang haid sejak dua bulan lalu.
Menurut Ketua Polis Bandaraya Tasikmalaya, AKBP SY Zainal Abidin, Herdis dan teman wanitanya yang dikenali sebagai WW, 19, didakwa bersetuju untuk menggugurkan kandungan. Mereka sepakat untuk bertemu namun ketika pertemuan di Kampung Sedaleuwih, suspek tidak mendapat bukti dan pengakuan daripada mangsa bahawa dia telah menggugurkan kandungan sehingga tercetus pergaduhan. Suspek kemudian memukul mangsa menggunakan kayu namun apabila mendapati mangsa masih hidup, dia menikam rusuk mangsa menggunakan sebilah kerambit. Suspek meninggalkan mangsa yang berlumuran darah di dalam semak di kebun durian dan pulang ke rumah seperti biasa.
Mayat mangsa ditemukan oleh orang kampung pada petang Rabu (29 November). Hasil siasatan polis, suspek berjaya diberkas pada keesokan harinya (30 November) di rumahnya. -CARI Sumber: mStar
|
tumpanglalu74 replied at 2-12-2023 02:54 AM
Takyah la hakim penin2 kepale nak pikey.. Kalo bawak bende ni memang dah plan nak bunoh la.
wikedsaikel replied at 2-12-2023 06:26 AM
Aku fikir yg sama juga. Tak kan la kerambit tu guna utk kait durian kannn. Bodoh lelaki ni.
wikedsaikel replied at 2-12-2023 06:26 AM
Aku fikir yg sama juga. Tak kan la kerambit tu guna utk kait durian kannn. Bodoh lelaki ni.
krustykrab replied at 2-12-2023 07:35 AM
Tasik malaya ye nama tempat tu...
star_karat replied at 2-12-2023 08:57 AM
Malaysia pun sama konoha. Berderet orang tua kena potong kepala dengan anak. In fact sembelih2 ni ma ...
Suchi: Kat sana bunuh kekasih hamil b ...
Suchi replied at 1-12-2023 07:34 PM
Kat sana bunuh kekasih hamil bukan sesuatu yg rare, tp kerap kali ada kejadian seumpama ini
Tu pasal ...
Suchi replied at 1-12-2023 07:34 PM
Kat sana bunuh kekasih hamil bukan sesuatu yg rare, tp kerap kali ada kejadian seumpama ini
Tu pasal ...
ADVERTISEMENT