CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bergaduh Tentang Rumah, Isteri Gigit Telinga Suami Sampai Putus

1-12-2023 05:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8639| Komen: 1

Seorang lelaki terpaksa dibedah selepas isterinya bertindak mengigit telinga ketika mereka bergaduh.

India Today melaporkan, kejadian dilaporkan berlaku di Sultanpuri, Delhi di India pada 20 November lalu.


Pertengkaran mereka bermula apabila isterinya mendesak untuk menjual rumah dan memberinya sejumlah wang supaya wanita itu dapat tinggal berasingan dengan anak-anak mereka.


Gambar Hiasan

"Saya pergi membuang sampah di luar rumah sekitar jam 9.20 pagi dan meminta dia membersihkan rumah. Tidak lama selepas itu kami bergaduh.

"Saya cuba menjelaskan kepadanya tetapi berlaku pergaduhan antara kami malah dia cuba memukul saya.

"Saya sedang berjalan keluar dari rumah kemudian dia menahan saya dari belakang dan dalam keadaan marah dia menggigit telinga kanan saya dengan kuat sehingga bahagian atas telinga saya putus.

Susulan itu, anak mangsa membawanya ke Hospital Sanjay Gandhi untuk mendapatkan rawatan.


Dalam pada itu, polis mengesahkan telah menerima laporan daripada mangsa berusia 45 tahun tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 08:49 PM

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:43 AM GMT+8 , Processed in 0.023086 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top