CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Suami Isteri Minta Zakat Walau Duduk Dalam Rumah Mewah Dan Besar

1-12-2023 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16168| Komen: 67

PETALING JAYA – Tak disangka di dalam rumah besar dan mewah, masih ada insan yang memerlukan bantuan.

Menerusi perkongsian di Facebook Lembaga Zakat Selangor (LZS), rumah tersebut yang didiami pemohon iaitu sepasang suami isteri merupakan milik kakaknya dan hanya tinggal di situ secara sementara.


Menurut LZS, pihaknya tampil ke lokasi itu berikutan aduan kes tunggakan yuran pengajian yang diterima Operasi Agihan Asnaf Daerah Hulu Langat.


Foto: kosmo

“Ketika hadir ke lokasi, melihat rumah agam, dengan fasiliti ‘intercom’, selain terdapat beberapa buah kenderaan di dalam kawasan pagar. Segera hati ini menolak rasa negatif.

“Kami disambut oleh seorang lelaki dengan penuh mesra dan kami bertanya khabar sepertimana yang dilakukan dalam kes-kes siasatan di lapangan.

“Suami menghidap kanser tahap empat manakala isteri tidak bekerja. Tiga orang anaknya pula masih menuntut dalam bidang perubatan di Bangladesh, Rusia dan Cyberjaya yang dibiayai sendiri menggunakan pendapatan sebagai kontraktor sebelum ini,” katanya.


LZS berkata, pasangan terbabit juga telah menghabiskan wang simpanan termasuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi perubatan kemoterapi di Beacon Hospital sehingga terpaksa keluar dari rumah sewa.

“Saya redha dengan ujian Allah, mungkin ada sesuatu tanpa sedar, saya buat Allah murka.

“Rumah ni pun rumah kakak, sementara belum terjual, saya minta izin untuk tinggal di sini. Nanti bila dah terjual rumah ni, Kami usahalah mencari rumah lain,” kata pasangan tersebut kepada pihak LZS.

Justeru LZS berkata, keluarga tersebut layak didaftarkan sebagai asnaf fakir berdasarkan kepada kiraan had kifayah semasa.

“Keluarga ini akan dibantu dengan kewangan dan makanan bulanan terlebih dahulu. Selain itu, akan dilihat keperluan sampingan yang boleh dibantu berdasarkan garis panduan yang ditetapkan,” ujarnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 1-12-2023 03:48 PM
Sekurangnya ada keluarga yg sanggup bagi tempat berteduh.
Quote AnBulisia 1-12-2023 04:32 PM
dan anak mereka masih belajar di luar negara dengan perbelanjaan sendiri?
Quote green~tea 1-12-2023 04:41 PM
Wow hantar anak2 belaja oversea 3 org dgn biaya sendiri.. tp sendiri takde duit nak makan???

Semoga anak2 abes belaja kang berbakti la kat org tua yg bergolok bergadai nak kasi berjaya...


Takleh brain aku parents yang berabis harta tak ingat masa depan..
Quote tukul 1-12-2023 04:41 PM
Sedihnya...itu lah jgn menyombong sewaktu senang...ibrah utk diri sendiri...
Quote prettyuglybabe 1-12-2023 05:00 PM
kurma menipu pendapatan lari cukai zakat and sakau hak orang masa jadi kontraktor ke?
Quote supernaturalee 1-12-2023 05:06 PM
kadang2 ongkaye pun sessakkk

Quote mamaneesa 1-12-2023 05:12 PM
green~tea replied at 1-12-2023 04:41 PM
Wow hantar anak2 belaja oversea 3 org dgn biaya sendiri.. tp sendiri takde duit nak makan???

Semog ...

mgkn masa mula2 antar tu ekonomi dorg tgh ok...skrg bila si suami kena kanser tahap 4, anak2 x abis belajar lg...job pun dh xde, saving pun dh abis dh. yela 3 anak kat luar negara, konfem banyak habis duit kat ctu je...huhu...bila Allah uji mmg terduduk betul ni
Quote green~tea 1-12-2023 05:16 PM
mamaneesa replied at 1-12-2023 05:12 PM
mgkn masa mula2 antar tu ekonomi dorg tgh ok...skrg bila si suami kena kanser tahap 4, anak2 x abi ...

Yang cyberjaya medic tu twinning rasa nya... nnti final year kena gi oversea UK tu... mana nak pakai duit lg semoga dpt apply scholar la ke cane eh ?


Anak kawan i meninggal masa study kat cyber dia pun amek twinning program ni..  
Quote akies 1-12-2023 05:17 PM
Duit dh habis biayai kos rawatan dan perubatan..
nak lak di private hospital.
Kesian
Quote green~tea 1-12-2023 05:18 PM
mamaneesa replied at 1-12-2023 05:12 PM
mgkn masa mula2 antar tu ekonomi dorg tgh ok...skrg bila si suami kena kanser tahap 4, anak2 x abi ...

Oh ya.. teringat plak arwah kawan i... mmg owner company besar kat kerteh.. tp hujung hidup dia semua jual tmasuk company dan semua rumah.. kena cancer.. elok jual last house dia banglo kat kerteh tu, dia pun meninggal... balance duit jualan tu la bahagi kat balu...

Mujur anak2 dah abes belajar local uni je...
Quote rashiman 1-12-2023 05:23 PM
berniaga nje..., adakalanya tegak berdiri, terduduk, terlentang pun ada dan bangun balik....
Quote piro77 1-12-2023 05:35 PM
green~tea replied at 1-12-2023 04:41 PM
Wow hantar anak2 belaja oversea 3 org dgn biaya sendiri.. tp sendiri takde duit nak makan???

Semog ...


Mungkin masa tu duit ada dan dia masih sihat. Kan dh tulis tu dia kontraktor sblum kena cancer. Nak diberhentikan study anak2 dah alang2, jd usaha la teruskan. Dan mungkin ada bantuan keluarga lain, tgk rumah kakak dia tak mustahil keluarga ada bantu. At least dia pentingkan pendidikan, tak la seketurunan susah nti
Quote yenil95 1-12-2023 05:38 PM
Moga dipermudahkan urusan mereka.
Quote ninja boy 1-12-2023 05:45 PM
Roda itu benar semua org ada ujian nya. Kalau umur tua 50 sakit2 rasanya prepare ajelah, kalau sampai jual2 mmg rugilah org melayu aset jatuh org lain
Quote Decaffeinated 1-12-2023 05:58 PM
Sebelum hantar overseas pastikan tabungan dah cukup untuk sampai habis belajar, bukan setakat lepas yuran pendaftaran terus yakin boleh.

Kalau dah macam ni jgn pulak minta lembaga zakat tanggung pengajian anak tu alasan dah half way etc.

Why pergi private, IKN kan ada. Satu sesi kimo ~RM50 ja.
Quote Nurul8001 1-12-2023 06:53 PM
Decaffeinated replied at 1-12-2023 05:58 PM
Sebelum hantar overseas pastikan tabungan dah cukup untuk sampai habis belajar, bukan setakat lepas  ...


Mudah ke nak ke IKN tu? Mungkin lambat sbb queue panjang? Dibuatnya belum dapat turn kemo dah padam dulu?
Quote MissVixen 1-12-2023 07:10 PM
Chemo memang mahal. Kenapa tak masuk hospital kerajaan? Doktor pakar pun banyak.
Masa jadi kontraktor tu kalau ada rumah sendiri, boleh juga dijual bila sesak. Kalau ada duit, belilah rumah cash. Janganlah takut sangat dengan lhdn macam dimomokkan oleh orang ramai.
Hantar anak belajar ke luar ni bukan takat yuran je. Kesian jugak tengok budak2 yang hantar pakai duit pama tapi duit belanja bagi sikit. Nak mintak dekat mak bapak segan, sudahnya makan bercatu. Yang rajin, boleh la masak di rumah sewa dan jual pada pelajar malaysia. Kwsp dah habis tu macam mana la di hari tua nanti. Anak2 pun nak guna duit untuk bina keluarga sendiri.
Anak diorang ni tiga2 kena paksa jadi doktor ke? Sebab 2 tu hantar ke negara kurang maju dan tak dapat tajaan.
Quote Firenzza 1-12-2023 07:13 PM
green~tea replied at 1-12-2023 04:41 PM
Wow hantar anak2 belaja oversea 3 org dgn biaya sendiri.. tp sendiri takde duit nak makan???

Semog ...

Tu la pasal ...knp anak2 x mohon biasiswa zakat mcm yg anak Dr Zulkifli dpt?
Quote aechae 1-12-2023 07:18 PM
Firenzza replied at 1-12-2023 07:13 PM
Tu la pasal ...knp anak2 x mohon biasiswa zakat mcm yg anak Dr Zulkifli dpt?

Klu result x layak n x lps temuduga x dpt jugak
Eh yg zakat anak dr.Zul tu pn klu x silap if belaja dlm bidang agama je.. syariah, usuluddin etc

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.036648 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top