Rozita Che Wan menyelar sesetengah netizen yang tidak senang melihat anak perempuannya iaitu Aaisyah Dhia Rana mengenakan solekan pada wajah. Menurut Rozita, anaknya perempuannya berusia sembilan tahun itu sangat menikmati zaman kecilnya dengan cara tersendiri.
"Cara hidup setiap orang tak sama, awak enjoy 'cara' awak... Aaisyah enjoy cara dia," katanya di TikTok. Netizen berpendapat Aaisyah tidak dapat menikmati zaman kanak-kanak yang sebenar kerana perlu berpenampilan seperti perempuan dewasa dengan mengenakan solekan tebal. Menerusi video berkenaan dapat dilihat Aaisyah menyambut hari jadi dengan mengenakan baju berwarna merah jambu bertemakan Barbie.
Malah ulang tahun Aaisyah bertambah meriah apabila diserikan dengan sembilan kek bersempena dengan usianya. Sementara itu, Che Ta berkata netizen yang meninggalkan komen negatif sedemikian sebenarnya tidak pernah menikmati keseronokkan zaman kanak-kanak mereka. "Orang yang komenlah kot dia tak enjoy life childhood dia. Aaisyah dapat apa yang dia nak fasal apa dia tak seronok pula! "Dia kawan baik Aaisyah ke macam mana?" ujarnya. Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut turut bersetuju dengan pendapat Che Ta dan memberitahu ia merupakan gaya hidup kanak-kanak T20. "Ini childhood life T20 ya gais. Korang yang main parit main lumpur paya tahu apa. "Ini pun childhood impian saya juga, ramai yang nak zaman kanak-kanak macam inilah. "Saya pon kecil-kecil dulu berangan nak gini hari-hari rembat heels berangan jadi princess," antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
babynina30 replied at 30-11-2023 07:51 PM
Whoryus nekta berani bgaku t20
Feeling2 duit byk mcm keturunan coklat lgkwi ke
noor2 replied at 30-11-2023 06:21 PM
Ya Allah knp la ko filterkan untuk video anak ko mcm kartun cik ta....mata beso ...semua anak org k ...
Suci_Murni replied at 30-11-2023 06:24 PM
Tgk anak T20 org lain x de pun cam nek ta...
Mmm sian nek ta...
Dia x de join circle T20 ke?
LadyCarefree replied at 30-11-2023 08:42 PM
Tapi kaki penuh kudis.
ADVERTISEMENT