CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Meerqeen Buka Mulut, Jawab Isu Amir Ahnaf Rampas Anna Jobling

29-11-2023 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6871| Komen: 29

Meerqeen bagi komen mengenai isu Amir Ahnaf yang didakwa telah ‘merampas’ Anna Jobling daripadanya.

Meerqeen berkata, isu tersebut sepatutnya tidak perlu timbul, memandangkan dia dan Anna hanyalah sekadar kawan dan tiada sebarang hubungan istimewa.

“Tidak timbul isu rampas merampas kerana antara saya dan Anna hanya sekadar kawan, tiada sebarang hubungan istimewa.

Foto: IG

“Bagi saya, hanya persepsi orang luar kerana hakikatnya, kami bertiga tiada sebarang masalah. Jangan pula kerana pihak lain yang mengapi-apikan hal ini, hubungan kami sebagai rakan sesama industri jadi tidak baik,” katanya kepada Gempak.

Tambah Meerqeen, dia tidak berhak untuk menghalang Anna berkawan dengan sesiapa sahaja.



“Hanya itu sahaja yang dapat saya katakan mengenai hal berkenaan. Tambahan pula, sebagai pelakon, saya perlu bersikap profesional kerana industri hiburan kita kecil.

“Lambat-laun, pasti kami akan bertemu juga. Jadi, hal ini tidak perlu diperbesarkan kerana tiada isu pun antara kami,” katanya lagi.



Melanjutkan bicara mengenai gandingan bersama Anna pada masa akan datang, Meerqeen berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah jika pihak produksi mahu dia dan Anna berlakon bersama.

“Saya serahkan kepada peminat… sebab saya hanya menjalankan tanggungjawab apabila bersetuju untuk menjayakan sesebuah produksi.


“Mungkin peminat masih belum dapat melupakan keserasian kami ketika beraksi dalam Melur Untuk Firdaus. Tetapi, kami juga harus mencuba pelbagai watak lain yang memerlukan saya dan Anna bergandingan dengan pelakon lain.

“Dalam hal ini, semua pihak perlu bersikap terbuka. Tidak perlulah hal ini diperbesarkan dan dijadikan isu,” kongsinya. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beni_nikaido 29-11-2023 11:11 AM
ha....dah abis drama baru la leh mengaku yg kami kawan biasa. tak pernah ada hubungan.
sebelum ni tak leh mengaku sebab nak promote drama diorg. kena fanservice.
bila org tu berlakon dengan org lain, dituduh merampas pulak
bbnu la ni...nak shipping2 bagai.
Quote BoongaKertas 29-11-2023 11:11 AM
sian shippers, mohon shippers bertabah yach
Quote Nurkaseh01 29-11-2023 11:22 AM
Kesian yang kena tipu dengan merna
Quote Whitney72 29-11-2023 11:32 AM
Igt awal2 dulu rasa dia ni ada aura pelakon classy yg blh dibanggakan dan berdiri sama tggi dgn Fattah Amin...rupa2nya x sampai semenggah mana..dah mcm overacting..kluar dgn betina sana sini, gaya2 laki urban yg melampau ( x sesuai dgn Melayu), poyo yg entah apa2...dan aku rasa dia ni x leh pergi jauh mana pun...jauh lg nk bndingkan dgn Fattah Amin
Quote anilanil 29-11-2023 11:39 AM
Mohon karatz meerna especially yg from kahona baca statement dik merkin. Naik meluat baca komentar warga seberang merempan kat tiktok amir ahnaf komen bukan-bukan. Mcm dak amir tu penyondol pulak.
Quote twins 29-11-2023 11:46 AM
yg mengeship tahap dewa ni pun level2 bbnu jer punnn... apa nak heran ... ada jer berlakon bersama mesti nak ship... sanggup bergaduh pulak tu sesama sendiri.. Team A nak ship dengan org lain, Team B pulak dengan org lain.... semua tu boleh bukak pusat mencari jodoh.....
Quote DianaSaksen 29-11-2023 11:47 AM
Whitney72 replied at 29-11-2023 03:32 AM
Igt awal2 dulu rasa dia ni ada aura pelakon classy yg blh dibanggakan dan berdiri sama tggi dgn Fatt ...

Classy
Bandingkan ngan Hun haqeem lah
Tu baru betuk
Dua2x masih muda
Jauh lagi perjalanan
Quote Sachacha 29-11-2023 11:58 AM
Kesian dak dak kepam n acik² bibiks
Quote mamajawie 29-11-2023 12:31 PM
cringe gile tengok drama telur untuk pedaus tu..
Quote Minahkucing 29-11-2023 12:32 PM
Geli ak tige2 mereyem. Buat 3some la trus ape susah
Quote tintin22 29-11-2023 12:36 PM
Quote GegarVaganja 29-11-2023 12:44 PM
Minahkucing replied at 29-11-2023 12:32 PM
Geli ak tige2 mereyem. Buat 3some la trus ape susah

Bongok la.
Terus teringat tikah, ammar dengan deris.


Quote insyi81 29-11-2023 01:14 PM
Bosaannnn gosip yg sama je dikeluarkan.. Nexttt
Quote Binderclips 29-11-2023 01:47 PM
Penting gosip ni… free marketing utk drama baru amir dan anna
Quote Whitney72 29-11-2023 02:51 PM
DianaSaksen replied at 29-11-2023 11:47 AM
Classy
Bandingkan ngan Hun haqeem lah
Tu baru betuk

Rmai dh kecundang dan x pergi jauh pelakon pelapis ni akibat perangai x semenggah..

Hun tu pun ada isu gmbar bebird..aku rasa Marqeen pun nanti x kurang halnya
Quote I.K.A888990 29-11-2023 03:15 PM
shipper pn udah2 lah dgn melur telur tu
baik kita tgu drama dia dgn mimi lana nnt...
nampak la sesuai herlok berdua
Quote haruslah 29-11-2023 03:18 PM
Pelakon bbnu biasa la
Yg dah lama dlm industri pun masa bbnu byk halll
Quote electricopop 29-11-2023 03:26 PM
Dah bosan, pass pass lah kat kengkawan. Ehhh
Quote tootii 29-11-2023 04:35 PM
tak mungkin la tak ada hubungan .. tipu la tu sbb dah kantoi ari tu ..
tak pe la AJ pun mcm diintai-intai anak sultan kan skrg ni ..
hihihi

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.151179 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top