Jenazah seniwati Mariani atau Mariam Ismail selamat disemadikan bersebelahan pusara adiknya Puan Sri Saloma dan adik iparnya Tan Sri P. Ramlee di Tanah Perkuburan Jalan Ampang sebelum waktu Zohor. Jenazah tiba di kawasan perkuburan kira-kira 11 pagi setelah disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah, Sentul dan dikebumikan pada 12 tengah hari. Selain anggota keluarga, ramai rakan seperjuangan Allahyarham hadir antaranya Sasterawan Negara A. Samad Said, pengarah filem Datuk Shuhaimi Baba, Presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, penyanyi era 70-an Hail Amir, Uji Rashid, Dian P.Ramlee dan Imuda. Mariani, 82, menghembuskan nafas terakhir Selasa lalu di sisi keluarganya termasuk beberapa orang anaknya yang tiba dari Singapura di kediamannya di Taman Kosmo Jaya, Sentul setelah menderita kanser usus sejak setahun lalu. - CARI Infonet
sumber berita: mstar.com.my/ |
26
Bagus |
17
Marah |
21
Terkejut |
23
Sedih |
20
Lawak |
19
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
starcity replied at 3-12-2015 02:16 PM
Artis2 generasi Jalan Ampas memang kalau meninggal dorang kebumikan kat perkuburan Jalan Ampang ke?
ADVERTISEMENT