CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azri Iskandar Tak Nak Komen Pasal Kekasih, Takut Dituduh Reka Cerita, Gila

28-11-2023 11:19 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8694| Komen: 42

Pelakon Azri Iskandar, 55, tidak mahu lagi bercerita kisah kekasihnya yang dikenali sebagai Dr Azra dengan masyarakat.

Azri ketika ditemui berkata, perkongsiannya berkenaan kisah cinta mereka secara meluas sebelum ini mendapat teguran daripada rakannya yang juga pelakon, Azhar Sulaiman.



"Saya sebenarnya tak kisah cerita sendiri didramakan. Tiada masalah kerana boleh kongsi. Kebetulan dah banyak pula kisah cinta saya orang tahu. Dah tiada apa nak sembunyikan, jadi baiklah cerita.

"Namun, Azhar Sulaiman marah. Katanya kenapa engkau cerita pasal ada kekasih? Aku kalau sempat jumpa kau Azri, aku tak bagi kau cakap. Nak kahwin nanti baru kau cakap.

"Saya sebenarnya ikhlas nak kongsi dengan peminat, tapi teman wanita yang tak 'rugged', tak 'support' saya, tak nak bagi gambar keluar. Akhirnya saya dituduh gila," katanya di temui di lokasi penggambaran telefilem Rumah Pontianak, di sini, hari ini.


Menerusi telefilem arahan Asri Bay'u ini, Azri turut bergandingan dengan Datuk Syafinaz Selamat, Nasha Aziz, Rusdi Ramli, Jaa Suzuran dan ramai lagi.

Azri yang melakonkan watak Affan berkata, hubungan dengan Azra masih kabur kerana sudah lebih setahun tidak berjumpa.

"Ada kawan tapi macam itu sajalah. Saya tak pasti sama ada ada lagi dengan dia. Saya tak nak komen dah pasal dia. Tak nak cerita lagi dah. Yang baru (teman wanita) pun tak nak cerita nanti Azhar marah.

"Sebabnya nanti saya kena kecam lagi. Nanti orang tuduh saya reka cerita dan sebagainya. Dia tak sanggup nak dengar begitu. Saya pula macam tak tentu arah hadapinya. Dia tak nak perkara ini berulang.

"Apapun saya takkan rahsiakan kepada semua jika berkahwin semula selepas ini. Saya akan jemput media," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 28-11-2023 11:27 PM
Tak sabar nak tengok gelpren dia berlakon. Katanya dibayar ratusan ribu utk filem tempatan
Quote Purplehaz 29-11-2023 12:25 AM
Slow slow nak kambus cite dongeng tu yer
Quote I.K.A888990 29-11-2023 12:43 AM
pemalu rupanya dr azra tu yerr
takpelah semoga berjodohan pokcik
Quote Moyangkucing 29-11-2023 01:15 AM
Kalau dah setahun x jumpa tu maknanya memang sah la rekaan saja... Member sesama artis pun tak koser nak dengar cerita dongeng dia. Bawak2 la insof bang jerry...
Quote KamikuP 29-11-2023 08:21 AM
Dia hisap bong ke sampai teruk halusinasi dia ni.. sian tapi tak kesian.. ekekekekek
Quote LipasComel 29-11-2023 08:26 AM
tapi kalau betul la kan, mcm fishy kan, tak bagi exposed, tapi berlakon. sah2 la public akan tau jugak nnt. dah tu asal tak kasi azri tunjuk muka.

kalau iols dah rasa lain dah tu dpt partner cam tu
Quote babelina 29-11-2023 09:09 AM
gitewwwwwwwwwwwwww.. moga bertemu jodoh la abg jerry..
Quote babelina 29-11-2023 09:09 AM
gitewwwwwwwwwwwwww.. moga bertemu jodoh la abg jerry..
Quote QueenCaramel 29-11-2023 09:21 AM
LipasComel replied at 29-11-2023 08:26 AM
tapi kalau betul la kan, mcm fishy kan, tak bagi exposed, tapi berlakon. sah2 la public akan tau jug ...

Sah cerita rekaan..kn catfish dah bang jerry..sian ko bang..kj la kuat2 carik duit byk2..ramai pompuan nk nnti..huhu kepam pon kepam laaa..
Quote beni_nikaido 29-11-2023 09:27 AM
bagussss....sudah matang.
tima kasih la kat mami Azhar marahkan beliau ni.
nak kawen nanti baru kongsi.
ni macam bbnu, berchenta pun kecoh2 kat orang
Quote shernazz 29-11-2023 09:47 AM
Kita hurmmm jelah sebanyak 18 harkat
Quote Burong_Hantuk 29-11-2023 10:33 AM
Quote prettyuglybabe 29-11-2023 11:34 AM
cara nak tutup malu
tapi tak salah ada forumer memang pernah nampak jeri dengan satu pompuan gemuk menyorok balik tiang kan?
Quote ketupatnasi 29-11-2023 11:36 AM
mami baca cercaan forum kah
Quote Dolmat 29-11-2023 12:12 PM
Edited by Dolmat at 29-11-2023 12:16 PM

AGAGAHAHAHAHAA forumer dah bleh agak statement si Jerry dgn Azra Pearl Jam!

Hakikat sebenarnyer bercinta dgn si KEPAMS kelengkang berasap!


Quote Dolmat 29-11-2023 12:16 PM
ketupatnasi replied at 29-11-2023 11:36 AM
mami baca cercaan forum kah

Confirm nyer SEBAB SI MAMI KECUT BERUT very free takde kerja faedah tu yg join dlm sini senyap2 baca laharan forumers!

Quote Aneem 29-11-2023 12:18 PM
Aku jenis kesian sikit kalau org tua kena scam ni.
Tp kalau jenis org tua mangkaq mcmni, kem salam la aku nk kesian.
Quote ashk4nn 29-11-2023 12:21 PM
eh tp kwn opis aku penah jumpa dia ni kat luar baru2 ni ngn sorang pompuan muda cantik juga katanya berdua je.... kawan aku tu indian, tp tau azri ni.. dia kata suami elly suriati tu..
Quote ketupatnasi 29-11-2023 12:24 PM
Dolmat replied at 29-11-2023 12:16 PM
Confirm nyer SEBAB SI MAMI KECUT BERUT very free takde kerja faedah tu yg join dlm sini senyap2 ba ...

elok la tu.... dah boleh join manak stinger

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.033428 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top