CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Nak Balik" - Ayda Jebat Jawab Pertanyaan Netizen Mengenai Seluar Anaknya

28-11-2023 10:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9239| Komen: 15

Penyanyi Ayda Jebat tampil menjelaskan pemakaian seluar anaknya, Ana Nayla dalam video yang dikongsikan di Instagram miliknya.

Menerusi hantaran di IG Story, ramai yang tidak selesa melihat anak kepada pasangan selebriti itu yang hanya memakai seluar dalam.



"Tengok video ni, then ramai tanya 'kenapa ek anka dia pakai seluar tu? Pakailah seluar dulu dik. Acik, sabar jap.

"Dah semua benda kena explain pula. Okay. Ni OOTD dia awal. Eh jaranglah Ana Nayla ni tak berOOTD.

"Dah jalan, makan, main. Nak balik, dekat kereta, kita tukar diaper hoppu dia, so saya tukar sekali romper dia sebab nak duduk kat carseat, tak nak kotor.

"Dia dah makan, main slide and so on. Pakailah inside pant dia je, nak balik dah pun video tu pun kat parking kereta. Okay acik?" katanya.


Dalam pada itu, Ayda juga tertanya-tanya mengenai segelintir individu yang mempersoalkan mengenai seluar anaknya sedangkan ada orang lain berkongsi gambara atau video memaparkan anak mereka hanya memakai lampin pakai buang.

"Video anak acik, anak orang lain ada pakai diaper je tapi tak tanya pulak mana seluar. Yang ni pakai seluar, tapi beriya tanya kenapa ek tak pakaikan anak seluar, pakai seluar gitu. Aik..." kata Ayda.

Terdahulu, Ayda dan suaminya, Nabil Mahir memuat naik rakaman mereka sedang menari untuk melihat reaksi Ana Nayla yang meminta ibu bapanya untuk berhenti menari.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LadyCarefree 28-11-2023 10:02 PM
Parah dah meleis2 terpaling
Quote hanihan16 28-11-2023 10:35 PM
i kan selalu rasa malu segan nak merakam di tempat awam. lagi pulak nak letak tripod & phone kat parking lot pastu berjoget2 rakam. takde  org lalu lalang tengok ke? ahaha

sebab tu lah diorg jadi artis dan i tak. kihkih
Quote maroon_nerd 29-11-2023 03:05 AM
Anak dia antara anak artis yang tak glemer kan. Ke aku je tak penah tengok anak dia? Maksud aku takde la glemer cam anak keknis tu. Padahal ayda ni glemer gak.
Quote downiey 29-11-2023 04:33 AM
bile ayda ni due ek
Quote anony-mous 29-11-2023 05:59 AM
Xsalah pon klau alasan tu valid tp perlu ke ko sbgai mak sendiri gatal share in public?
Quote anony-mous 29-11-2023 06:00 AM
hanihan16 replied at 28-11-2023 10:35 PM
i kan selalu rasa malu segan nak merakam di tempat awam. lagi pulak nak letak tripod & phone kat par ...

I tgk nabil tu menari i yg malu. Mcm 3 suku pon ada
Quote adeqbun 29-11-2023 07:29 AM
hanihan16 replied at 28-11-2023 10:35 PM
i kan selalu rasa malu segan nak merakam di tempat awam. lagi pulak nak letak tripod & phone kat par ...

same la mcm ai tertanya2 camne la influencer2 dan retis dpt kekuatan live berjam2 lama berborak ngan hfon..xde org lain atau grup wasep nak dilayan ke...
Quote kikuri 29-11-2023 08:23 AM
lahhh dah besar anak dia...taw2 je dah berjalan....
Quote sukanyanyi 29-11-2023 08:30 AM
hanihan16 replied at 28-11-2023 10:35 PM
i kan selalu rasa malu segan nak merakam di tempat awam. lagi pulak nak letak tripod & phone kat par ...

Masalahnya org biasa pun ade buat mcmni kan? Yg tktk tktk segala tu... mmg tak faham culture ni. Ingat iols yg ketinggalan zaman
Quote kucingsiti 29-11-2023 09:15 AM
i pernah la tertengok influencer ni dok review kedai makan. Muka si influencer tu tersangatlah chommm (muka masam bak kata org utara) dan nampak la dia tengah bebai something. Tapi bila video tersebut di upload, ehh tersenyum pulak orangnya dan bagi good review.
Quote Minami2013 29-11-2023 09:16 AM
hanihan16 replied at 28-11-2023 02:35 PM
i kan selalu rasa malu segan nak merakam di tempat awam. lagi pulak nak letak tripod & phone kat par ...

Sebab boleh menjana income pun ye sis. Mmg ada juga jenis org yg suka dpt perhatian.

Quote Minami2013 29-11-2023 09:18 AM
Anak ayda ni sebijik la muka dia. Copy paste.

Anyway, psl anak dia pakai seluar tu ok je la sbb baby yg still pakai pampers lagi kot.
Quote Incanto 29-11-2023 09:38 AM
anak dia jenis muka sayu dan serius

lain dgn mak bapak yg hyper

tapi budak kecik bergambar pakai seluar dalam atas diapers bukan lah masaalah dunia…netizen pung
Quote pembacagosip 29-11-2023 11:41 AM
sbb ko sibuk juga nak merakam
dah kata dah nak balik
balik jeeeeeelaaaaaaaaaa
Quote Sazreena 5-12-2023 09:25 PM
Terpaling konten...

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.037553 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top