CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Kau Buat Anak, Lepas Itu Kau Sakit,"-Awie Jaga Badan, Takut Orang Anggap Hantar Cucu Pergi Sekolah

28-11-2023 11:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3796| Komen: 6

Bakal menimang seorang lagi anak,Datuk Awie menasihatkan orang ramai termasuk diri sendiri agar sentiasa menjaga kesihatan diri.

Katanya jangan sudah memandai-mandai ‘menanam benih’ namun membiarkan perkara penting lain terkontang-kanting.


Foto: IG

“Saya pernah cakap dengan isteri saya akan jaga badan dan sihatkan badan. Kalau tidak nanti pergi sekolah hantar anak-anak, orang fikir saya datuk mereka bukan bapa (tertawa).

“Itu sebenarnya satu cabaran untuk si tua macam saya menjaga badan. Sesiapa yang dapat anak pada usia tua seperti saya, inilah satu cabaran.

“Jangan kau buat anak, lepas itu kau sakit. Kasihanlah kat isteri dan anak-anak nanti,” katanya kepada Kosmo! Online.

Sebagai seorang lelaki yang dikurniakan anak yang ramai, Awie sentiasa berdoa ke hadrat Ilahi agar kesihatannya berada di tahap yang terbaik demi orang-orang tersayang.




“Saya sentiasa fikir rezeki yang Allah bagi ini adalah cabaran untuk saya jaga kesihatan elok-elok membesarkan anak dengan sebaik mungkin. Insya-Allah.

“Kalau sengaja (buat anak), itu berdosalah. Menganiaya orang, menganiaya isteri,” kata Awie lagi.

Ditanya tentang reaksi anak-anaknya yang lain apabila berita tentang dirinya bakal sekali lagi menjadi seorang bapa dibocorkan kepada umum, jawab Awie: “Adoi, itulah orang ingat dapat menantu atau cucu rupa-rupanya dapat baby.

“Anak semua macam reda sahajalah. Lagi pula, isteri saya sekarang, dia baru ada seorang anak dan dia memang nak anak. Dia kalau boleh nak seorang lagi sekurang-kurangnya dapat sepasang.”


Terdahulu, Awie mendirikan rumah tangga bersama Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin pada 7 Oktober 2016. Mereka kemudiannya dikurniakan cahaya mata sulung pada 2020.

Awie sebelum itu pernah berkahwin dengan Rozana Misbun pada 20 Jun 2005, dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki, dan Puteri Qasseh Antasha. Mereka bercerai pada 1 November 2014.

Awie juga memiliki dua anak hasil perkahwinan pertamanya dengan penyanyi, Arni Nazira iaitu Putri Aleeya Antasha, 23 dan Putri Aleefa Antasha, 21. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 28-11-2023 12:58 PM
Tapi ai suka badan gempal2 husin.. macam teddy bear
Quote naina 28-11-2023 02:07 PM
Betol la fikir macam ni
Ni buat anak tapi tak jaga kesihatan
Tak spent time bersama
Carik duit dari gelap sampai gelap
Buat anak bersama, spttnya jaga pun bersama
Quote BellaThePrinces 28-11-2023 03:31 PM
go tokwie...go....
Quote anony-mous 28-11-2023 03:35 PM
Betul la dia ckp tu. kena jaga kesihatan bkn utk diri sdri je tp ank2 jgk. Mana boleh buat kita buat melainkan dah ajal
Quote irsa 28-11-2023 03:41 PM
Syabas tokwie! Boleh jugak dijadikan contoh yg baik
Quote jihyomelly 28-11-2023 04:52 PM
bagus la kalau tokwie pikir camni..kena kerjasama dari mula sampai abis jgn jenis tabur benih pastu ghaib..memang

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.157128 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top