Taj Mahal merupakan satu monumen yang terletak di Agra dan merupakan kebanggaan buat rakyat India. Dibangunkan selama 22 tahun oleh Shah Jehan sebagai musoleum untuk mengenang isteri tercintanya, Mumtaz ul Zamani yang lebih dikenal sebagai Mumtaz Mahal. Sebuah arsitektur atas nama cinta yang menjadi satu bangunan terindah di dunia. Pada tahun 1983 Taj Mahal diwartakan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO. Memetik dari hmetro, kerajaan India semalam menolak satu dakwaan sekumpulan peguam kononnya Taj Mahal, antara keajaiban dunia, ialah kuil Hindu.Menteri Kebudayaan Mahesh Sharma memberitahu Parlimen negara itu, kerajaan tidak mempunyai bukti untuk menyokong dakwaan peguam berkenaan. Kumpulan peguam itu memfailkan petisyen di sebuah mahkamah Mac lalu dengan mendakwa monumen itu perlu diserahkan kepada penganut Hindu untuk membolehkan mereka melakukan upacara keagamaan di situ. Taj Mahal dibina pada abad ke-17 oleh maharaja Mughal Shah Jahan selepas isterinya meninggal dunia. Enam peguam pelampau Hindu di Agra, tempat terletaknya monumen berkenaan memberitahu mahkamah, mereka mempunyai bukti menunjukkan Taj Mahal asalnya kuil yang dibina untuk tuhan Shiva. Mereka mendesak mahkamah mengisytiharkan monumen itu kuil Hindu. Pembinaan Taj Mahal disiapkan oleh Shah Jahan pada 1653 sebagai makam untuk isteri ketiga yang juga yang paling disayanginya, Mumtaz Mahal yang meninggal dunia selepas melahirkan anak mereka yang ke-14. Seorang pemimpin pelampau Hindu dari Parti Bharatiya Janata (BJP) juga mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Shah Jahan membeli monumen berkenaan yang sebelum itu dikenali sebagai kuil Tejo Mahalaya. - Agensi - CARI Infonet.
|
10
Bagus |
17
Marah |
8
Terkejut |
18
Sedih |
17
Lawak |
20
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mikasa replied at 2-12-2015 09:34 AM
Ada pokok besar je tepi jalan je terus buat kuil...yg pelik pokok besar jauh dari jalan takda pulak ...
CrowneGlory replied at 2-12-2015 10:05 AM
X cukup2 korg kuilkn segala pokok...batu tepi jalan...tanah2 kosong? Taj mahal pun nak dikuilkan...s ...
chazey replied at 2-12-2015 11:27 AM
Kan? Tepuk kapla sangat aku baca berita ni.
lavapass replied at 2-12-2015 11:29 AM
bahlol memang suka tepuk kapla sendiri...
ADVERTISEMENT