|
Hubungan dengan Lucinta Luna sudah berakhir namun nama Artem Boltian masih menjadi sebutan dalam kalangan pengikut personaliti media sosial transgender Indonesia itu. Artem atau lebih dikenali sebagai Alan kini dilaporkan mempunyai karier baharu iaitu sebagai pelakon lucah selain menawarkan perkhidmatan seks.
Ia susulan Alan muncul bersama dua lagi pelakon lucah dalam foto yang dimuat naik di laman X (Twitter) dengan hanya memakai seluar dalam berwarna putih sambil mendedahkan tubuh sasanya. Menerusi kapsyen hantaran tersebut, ketiga-tiga mereka bersedia menerima mana-mana tempahan berkaitan seks. Pada 28 Julai lalu, Lucinta mengumumkan pertunangan bersama Alan yang diadakan di Bali, Indonesia. Pertunangan tersebut turut mendapat restu ibu bapa kedua belah pihak malam mereka turut menghadiri acara berkenaan.
Bagaimanapun pada 23 Oktober lalu, Lucinta mendedahkan mereka sudah berpisah. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 10:35 PM GMT+8 , Processed in 0.051574 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.