Gagal mara ke final Famili Duo musim ketiga (FD3) Ahad depan,Tom akhirnya dapat berehat serta memberi fokus kepada kandungannya yang sudah mencecah usia tujuh bulan. Tom, 37, berkata, walaupun sering memberitahu dia seorang yang kuat namun jauh di sudut hati dia penat dan tidak berdaya meneruskan pertandingan berkenaan.
Kata Tom, dia menganggap dia dan suami iaitu Fuad Rahman tersingkir sebagai hikmah dan boleh memberi fokus kepada kesihatan dan kandungan. "Saya sudah penat dalam keadaan sedang hamil tujuh bulan... Mungkin sebelum ini saya beritahu saya seorang yang kuat tapi sebenarnya saya sudah kehabisan tenaga. "Emosi saya tidak stabil, rasa tidak selesa sebab mungkin hamil anak perempuan. Tiada rezeki ke final mungkin Allah mahu saya berehat," katanya kepada mStar. Tom berkata, timbul rasa kesal dalam diri kerana sedar Fuad sudah melakukan yang terbaik namun keadaaannya menjadi punca mereka terkandas dalam pertandingan tersebut.
|
ADVERTISEMENT