Seorang penunggang motor menemui ajal selepas melanggar longgokan beras yang dijemur di atas jalan raya. Dalam kejadian di Thailand pada pada 23 November, mangsa dikenali sebagai Thongthai, 38, disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Thaiger melaporkan, motosikal dinaiki mangsa melanggar timbunan beras kering yang dijemur di jalan Ban Yang-Ban Sok Deu di Ban Yang, Lam Thamenchai, wilayah Nakhon Ratchasima. Ekoran kejadian itu, ketua kampung tersebut Apichai Pakkarang mengeluarkan arahan agar aktiviti menjemur beras di atas jalan raya dihentikan segera. Menurut ketua kampung berusia 56 tahun itu, perbuatan menjemur beras di atas jalan raya boleh menjadi punca kemalangan dan dia tidak mahu kejadian sama berulang. -CARI Sumber: mStar
|
acik79 replied at 28-11-2023 08:49 AM
Tak kotor ke beras tu jemur atas jalan raya? Macam2 peel la…
B40tastePosh replied at 28-11-2023 08:51 AM
Diorg malas tumbuk padi tu, so biar kenderaan yg pisahkan kulit dgn padi.
Punya la malas
ADVERTISEMENT