CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tanah Lembik, Tetap Pakai Heels Ziarah Kubur Bapa Mentua

27-11-2023 09:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6629| Komen: 92

Syed Muhammad Shah Hasif sekali lagi tular selepas isterinya Fatin Syazwani Ishak, 25, menggayakan kasut tumit tinggi berwarna merah jambu semasa datang ke tanah perkuburan di Lipat Kajang, Klang, Selangor.


Di TikTok, usahawan itu mengucapkan penghargaan buat Fatin kerana sanggup menemaninya menziarahi pusara pada saat-saat akhir.

Foto: Tiktok

"Terima kasih isteriku, walaupun bertumit heels, sanggup teman abam (abang) dan ibu abam, last minute tanpa perancangan nak pergi pusara arwah ayah abam.

"Dalam kereta tak standby selipar wife, tapi wife kata tak apa. Dia sanggup redah pakai heels demi abam walaupun agak susah nak jalan dengan tanah lembik, baru lepas hujan.

"Memang isteri yang terbaik. Terima kasih sayang sebab lepaskan rindu abam kepada arwah ayah abam," ujar Syed yang juga bapa kepada dua cahaya mata.



Tambah Syed lagi, dia turut berharap agar tiada mana-mana pihak yang mempertikaikan pemakaian isterinya ketika menziarahi kubur.

"Tolong jangan hina atau kecam wife abam pakai heels ya. Sebab ini tanpa perancangan dan abam nak orang tahu betapa hebat isteriku di hatiku.

"Sebab tu abam sayang sangat kat wife abam ni. Nanti kami akan gerak ke Cameron Highlands untuk sambut anniversary perkahwinan kami, InsyaAllah," kata Syed lagi.

Video pasangan itu menziarahi kubur turut meraih 3.5 juta tontonan di aplikasi TikTok.


  

Meskipun terpaksa berjalan atas permukaan tidak rata dan dipenuhi rumput, Fatin kelihatan tenang sebelum mereka sama-sama berdoa di tepi pusara.

Pada penghujung video, Syed juga dilihat tekun membersihkan kasut isteri serta ibunya yang kotor kerana terkena tanah.

Di ruangan komen, ramai netizen memuji sikap Syed yang memuliakan ibu serta isterinya, namun ada yang turut berjenaka tentang hal itu.

"Satu je suka dengan dia ni, layan mak dan bini dia macam ratu. Semoga bahagia selalu.

"Kenapa tak pakai kasut ice skating je?

"Boleh pula dia pakai heels pergi ziarah?

"Boleh pula duduk catwalk kat tempat ni," tulis beberapa netizen.

Untuk rekod Syed mendirikan rumah tangga bersama Fatin pada 30 November 2018 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syed Muhammad Nouis Jaeden El-Alawi serta Syarifah Haifa Urshia El-Zahrah. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 27-11-2023 09:29 AM
Nk makiiiiii... Tp kna sabarrrrrr... Nk makiiiiiiiiiii... Tp sabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Quote A-Are 27-11-2023 09:58 AM
dah mcm kat indo...buat perangai bukan2...mental agaknya
Quote prettyuglybabe 27-11-2023 10:04 AM
bila dia cakap bertumit heels pun dah tau budak paling belakang kelas belakang..
Quote iraizz 27-11-2023 10:15 AM
prettyuglybabe replied at 27-11-2023 10:04 AM
bila dia cakap bertumit heels pun dah tau budak paling belakang kelas belakang..

Kannn.... I second you
Quote bettyboops 27-11-2023 10:23 AM
Cantek mak si Syed ni..
Quote asudau 27-11-2023 10:25 AM
ayoo ai...pasni jangan jadi next couple yang bermadu tiba-tiba gitu..

Quote slyfynx 27-11-2023 10:29 AM
Ni bongok kuasa dua nih
Quote mejaputih 27-11-2023 10:34 AM
A-Are replied at 27-11-2023 09:58 AM
dah mcm kat indo...buat perangai bukan2...mental agaknya

ntah2 keturunan dari sana...
Quote rosewhite 27-11-2023 10:34 AM
muka si syed tu ori ke? macam pelik bentuk muka dia dgn hidung tu ala2 Michael jackson pun ada.
Quote prince_marhaen 27-11-2023 10:45 AM
mesti bini dia jenis pompuan tak cantik pastu bodoh kan...terima je laki ponen muka ketuk ni buat apa saja demi merealisasikan impian pondan dia tu...nak memondan sangat tak laku, dah kawin dia hias bini dia macam pokok krismas ye... bini pun turut je janji berduit ye..walaupun kena pakai kain langsir....
Quote gurlfriday 27-11-2023 10:48 AM
Bnda bodoh apa aku tgk ni wasting my precious minutes
Quote naina 27-11-2023 10:49 AM
Laki dia lembut2 macam Alif Syukri tu padanlah cerewet benor bab pakaian. Suka bergaya dan suka tengok wife sentiasa cantik bergaya.
Quote imanamsyar 27-11-2023 10:52 AM
siapa si sundells 2 ekor ni..haram x kenal..konon sayang cinta rindu isteri terpaling solehah, ujung2 ko cari bughit laen, dekkkk.. yang jantan tu punya pakaian pun veri the kelempok.. kalau hidup berkiblatkan content, apapun boleh..setakat pakai heels gi kubur tu apa lah sangat...
Quote Cyempaka 27-11-2023 10:54 AM
Ini lagi kapel yg memanjang tayang bahagia. Budak2 tiktok pun junjung la konon si bini bertuah laki sgt syg la.. ewww aku xpercaya langsung derang bahagia.
Dah itu je jantan yg mau kat dia, nak xnak kena la ikut buat2 gembira.
Nanti dia buat video menganjing org kononnya org jeles gila tgk dia dpt laki tu.
Hahaha
Quote chinta89 27-11-2023 10:59 AM
benda gini pun lapar perhatian??
Quote KamikuP 27-11-2023 11:00 AM
Selalunya kapel yg tunjuk swweeet kat medsos akhirnya akan ber ......... (KORANG SAMBUNG) .. ekekekekeke
Quote putu 27-11-2023 11:06 AM
Overdress la minah niii.
Quote jazaa100 27-11-2023 11:23 AM
Perghhhh....

Budak paling belakang kelas belakang....
Budak kelas belakang pun dah mnyedihkn, tambah pulak paling belakang
Quote rosevelvet 27-11-2023 11:26 AM
rosewhite replied at 27-11-2023 10:34 AM
muka si syed tu ori ke? macam pelik bentuk muka dia dgn hidung tu ala2 Michael jackson pun ada.

Dr salah tepek template kot

Lihat semua komen(92)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 11:39 AM GMT+8 , Processed in 0.038277 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top