CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perbuatan Mengkafirkan Sesama Umat Islam Fenomena Bahaya, Ekstrem - Mufti

26-11-2023 06:54 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2754| Komen: 48

Georgetown: Orang awam tiada hak menentukan status akidah seseorang sama ada kafir atau Muslim memandangkan perkara berkenaan hanya boleh diputuskan pemerintah atau Mahkamah Syariah kata Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.


Menurutnya, masyarakat perlu diberi kefahaman bahawa perbuatan mengkafirkan sesama umat Islam adalah dilarang dengan sesiapa menuduh seorang Muslim sebagai kafir sedangkan orang dituduh bukanlah individu sedemikian maka kekufuran itu akan kembali kepada pihak yang menuduh.


"Pemikiran takfiril muslimin atau mengkafirkan sesama umat Islam adalah fenomena serius dan berbahaya namun amat dikesalkan kerana ia kian tersebar dalam kalangan umat Islam masa kini.

"Para ulama sudah bersepakat memutuskan bahawa tiada mana-mana orang yang berhak mengkafirkan seorang Muslim meskipun dia didapati melakukan apa-apa perbuatan maksiat.

"Masyarakat perlu tahu bahawa berdasarkan hadis Nabi, seseorang yang sudah mengucap dua kalimah syahadah maka dia tidak harus dikafirkan dan haram dicerobohi pada darah (nyawa), harta dan kehormatannya," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan mengenai bahaya budaya kafir-mengkafir sesama Islam yang ciri-cirinya sudah mula menusuk di negara ini.

Beliau berkata, jika perkara itu diizinkan terus berlaku, ia bukan saja membawa perpecahan dalam kalangan umat Islam, malah akan memberi kesan kepada rakyat berbilang kaum di negara ini.

Wan Salim berpandangan, peringatan yang diberi oleh Perdana Menteri adalah wajar dan seharusnya disokong dengan semua pihak perlu menunaikan tanggungjawab memberi kesedaran kepada masyarakat awam supaya menghindari sikap ekstrem tersebut.

"Pihak media mesti bekerjasama dengan jabatan dan agensi kerajaan dalam menyebarkan aliran pemikiran Islam sederhana (wasatiyah) di negara ini.

"Saya menasihati seluruh umat Islam supaya sentiasa merujuk kepada pihak-pihak berautoriti dalam hal penting dalam agama," katanya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nono86 26-11-2023 09:15 PM
Bukan ke parti penunggang agama yang selalu duk kapirkan orang zaman dulu2
Quote Samerosie 26-11-2023 09:27 PM
Dlm porum ni pun ramai je tapi it's oklah derang heran pun idok mufti ckp.
Quote dua_chzy 26-11-2023 09:28 PM
Baca tu porumer born Moslem.
Quote Beribear 26-11-2023 10:23 PM
Tengok konsert pon di gelar penyembah dajal.. Manusia terpaling masuk syurga lah katakan
Quote nikaido 26-11-2023 10:28 PM
Puak dr parti penunggang agama ler yg selalu menggelar sesama muslim
Quote _blackbird 26-11-2023 10:40 PM
@ipanonline sama @rainbowrainz yg suka kapirkan org tersenyum sinis sambil memegang tiket entrance syurga

Quote Thunderclouds 26-11-2023 10:44 PM
Asal dr parti sorga semalaya lei.
Tu la kapla dok ajar kapirkn org.
Xcaya tnya edi bawang.
Quote Atata 26-11-2023 10:51 PM
Kalau setakat tak boikot ke, menyokong konsert2 kearah hedonisme ke,  memang tak lah patut dikafirkan. Sebab dia masih berpegang dgn asas utama Allah itu Esa dan Nabi Muhammad tu last messenger.
Tapi kalau dah sampai mempertikai keEsaan Allah, pertikai Nabi Muhammad SAW, mencampur adukkn ajaran2 agama petik sikit sini and sana asal ngam, menyindir orang yang bpegang dengan hukum2 hakam Islam dgn gelaran terpaling ugama terpaling suci terpaling alim sambil2 cerca2 apa yang ulama dah gariskan boleh tak boleh, tapi masih mengaku sebagai muslim, then itu memang bahaya yach. Sebab dengan topeng seolah2 dia orang Islam tapi corak pemikirannya memperlekeh aturan Islam, dia boleh mempengaruhi orang lain utk berpaling dari landasan sebenar.
Quote mojarean_X 26-11-2023 11:25 PM
Atata replied at 26-11-2023 10:51 PM
Kalau setakat tak boikot ke, menyokong konsert2 kearah hedonisme ke,  memang tak lah patut dikafirka ...

Setuju chuols....
Quote MissYouSayang 27-11-2023 12:36 AM
Bila mopti lantikan parti pemakan babi bercakap, bias
Quote rainbowrainz 27-11-2023 07:42 AM
_blackbird replied at 26-11-2023 02:40 PM
@ipanonline sama @rainbowrainz yg suka kapirkan org tersenyum sinis sambil memegang tiket entrance s ...

Pedulikk apaaa iols dah kau kafir harbi jahil murakabbbbb hauk namatey sejenis nasab anak luar nikah wajiblah iols kahakkan ajeeee
Quote _blackbird 27-11-2023 09:48 AM
rainbowrainz replied at 27-11-2023 07:42 AM
Pedulikk apaaa iols dah kau kafir harbi jahil murakabbbbb hauk namatey sejenis nasab anak luar nik ...

dpt elaun tak buat kerja tuhan

Quote rainbowrainz 27-11-2023 11:24 AM
_blackbird replied at 27-11-2023 01:48 AM
dpt elaun tak buat kerja tuhan

Kau tu dapat dosa lagi khuens...wakakakaka..Sian kau khuensss
Quote _blackbird 28-11-2023 10:55 AM
rainbowrainz replied at 27-11-2023 11:24 AM
Kau tu dapat dosa lagi khuens...wakakakaka..Sian kau khuensss

Allah dah bisik2 ke telinga ko ke bgtau dosa pahala org ni? wow...hebatnya, tak tanya allah ke bila ko dpt pi isra mikraj pulak
Quote Minami2013 28-11-2023 11:08 AM
Kat forum ni masalah nya anonymous. Selayaknya di panggil kafir kalo dah jelas dan nyata penulisan ke arah situ.
Quote rainbowrainz 28-11-2023 11:52 AM
_blackbird replied at 28-11-2023 02:55 AM
Allah dah bisik2 ke telinga ko ke bgtau dosa pahala org ni?  wow...hebatnya, tak ...

Aku naik saksi aku naik saksi kau tu sampai kesudah x menyaksikan pun...bodoh jahilll murakabbbbb kau tuh...semakkk jeee kafir harbi harbam kau ni
Quote mojarean_X 28-11-2023 11:54 AM
Minami2013 replied at 28-11-2023 11:08 AM
Kat forum ni masalah nya anonymous. Selayaknya di panggil kafir kalo dah jelas dan nyata penulisan k ...

Bkn di alam realiti ada sebahagian porumer2 ni ada group wasap ke? Siap mengata porumer lain
Quote ifanonline 28-11-2023 12:42 PM
_blackbird replied at 26-11-2023 10:40 PM
@ipanonline sama @rainbowrainz yg suka kapirkan org tersenyum sinis sambil memegang tiket entrance s ...

dah mereka memang sangat jelas berperangai kapir...sudah tentu akan di hukum sebagai kapir...tuhan akan masukkan kapir dlm neraka
Quote piro77 28-11-2023 12:58 PM
Yg selalu mengkafikan org ni mmg puak2 ala2 islamic. Ulama2 yg betul penuh berhemah tambah2 kalau isu semasa, cth konsert coldplay baru ni. Setakat ni antara agamawan yg i suka dengar habib Ali, ust Amin dan adlh beberapa lg yg tak femes. Ustzh asmah boleh blah, agamawan kaki judge org mcm dia sorang tahu syurga neraka

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 09:38 AM GMT+8 , Processed in 0.074037 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top