CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi 18 Bulan Korban Banjir Pertama Di Kelantan, Jatuh Dalam Sungai Di Belakang Rumah

26-11-2023 06:49 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1339| Komen: 6

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki menjadi korban pertama banjir di Kelantan tahun ini selepas mangsa tergelincir ke dalam sungai di belakang rumahnya di Kampung Kenari, Kota Bharu.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, pihaknya menerima laporan tentang kejadian melibatkan kanak-kanak berusia 18 bulan itu pada pukul 12.17 tengah hari, Ahad.



“Kejadian melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun setengah telah hilang ketika melakukan aktiviti bermain di belakang rumah dan tergelincir di dalam sungai.

“Pasukan Bomba telah melakukan operasi pencarian dengan melakukan selaman di kawasan mangsa dipercayai lemas.

“Kanak-kanak itu berjaya dijumpai oleh pasukan Bomba pada jam 1.40 petang. Namun, mangsa disahkan telah meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” ujar Bomba menerusi satu kenyataan pada Ahad petang.


Mangsa diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya.

Untuk rekod, 623 mangsa banjir menghuni empat pusat pemindahan sementara di Kelantan, setakat 3 petang Ahad.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Samerosie 26-11-2023 09:56 PM
Macam pernah ku baca tahun lepas pun ada kes mcm ni gak. Camne mak bapak boleh biarkan anak baya tu main time2 air banjir mcm ni?
Quote dua_chzy 26-11-2023 10:25 PM
Padan muka. No simpati for mak bapak. Bunuh lagik anak tu ha soh main2 tepi sungai masa banjir. Dah bosan jaga kot kan sampai kau biaq ja anak umo setahun 6 bulan main2 tepi sungai masa banjir? Takpe la mati sorang boleh keluar 10 lagi kat bughit kau kan? Puuuiihhhhhhh!!!!

(Orang kampung mohon kopipes komen di atas huntok dihambur kat mak bapak ni).

Quote Triple_8 26-11-2023 11:53 PM
Orang miskin disuruh buat lima kerja untuk jaga tembolok kapitalis. Bila anak-anak terbiar kerana si miskin sibuk dengan kerja, si miskin jua yang salah.
Quote any42 27-11-2023 12:14 AM
Edited by any42 at 27-11-2023 12:16 AM

dah tau musim skrng xssuai bt aktvt luar rumah parents la yg cuai biarkn ank2 lepas bebas dah la kwsn rumah pun tmpt bhya ade air sungai. lg bdk2 umur mcm adik ni mmg la snang ttarik dgn air
Quote sayurmayur88 27-11-2023 11:02 AM
no komen !!!

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 06:44 AM GMT+8 , Processed in 0.118761 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top