CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Lelaki Ditinggal Dalam Beg Tepi Longkang

26-11-2023 02:03 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4083| Komen: 9

Manjung: Bayi lelaki dijumpai ditinggalkan dalam beg di tepi longkang belakang sebuah kedai di Ayer Tawar, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah, berkata insiden itu dimaklumkan oleh seorang lelaki berusia 45 tahun pada jam 8.15 malam.



Menurutnya, bayi malang itu sudah dihantar ke Hospital Seri Manjung dan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) untuk rawatan serta pemantauan lanjut oleh pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Hasil pemeriksaan lanjut oleh doktor mendapati tiada sebarang kecederaan luaran dan bayi berkenaan dalam keadaan sihat.

"Polis sedang giat mengesan suspek dan waris bayi lelaki terbabit," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamed Nordin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana ibu bapa bertanggungjawab menjaga kanak-kanak di bawah umur kurang daripada 12 tahun, mendedahkan serta membuang kanak-kanak itu dengan niat.


"Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum dengan penjara maksimum tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

"Oang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat, Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240391 bagi membantu siasatan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Ahriman 26-11-2023 02:28 PM
Hmm mesti hasil bercucuk tanam hari valentine.mak bapak gampunk tau sedap je.
Quote Minami2013 26-11-2023 02:40 PM
Kenapa la di tinggalkan tepi longkang. Nasib tk de ape2. Kalo semut hitam tu.. kesian baby.
Quote any42 26-11-2023 06:07 PM
kesiannya. klau btul nk bg org jumpa letak la tmpt yg elok sikit kesian bby bpnas hujan tdedah dgn haiwan liar serangga bagai. dah la jahat buang baby pastu xde hti perut lak letak merata
Quote jazaa100 26-11-2023 06:13 PM
Bagi kat org, ramai je berebut nk anak.....
Quote capwayang 26-11-2023 07:47 PM
..dah besar sikit biarkan dia main tepi longkang pulak..
Quote kaedahnya 26-11-2023 11:20 PM
kecik comel kesiannyalah baby ni
Quote A-Are 27-11-2023 08:11 AM
bagilah kat org, ramai parent yg teringin nak anak tp xda rezeki...anta ke pusat kebajikan kan ada baby hatch....kesiannya baby tggl gitu, panas ke sejuk...sobss
Quote clueless_gamer 27-11-2023 12:41 PM
sekurangnya.. bagilah baby tu nama, letak tarikh lahir dan asal negeri mana.. selit kertas nota dlm selimut tu

byk je aku dengar ibu yg pernah buang bayi ni menyesal nak cari anak dia balik bila dah stabil.. kalau ada nama tu, budak tu at least ada identity sendiri.. boleh cari kemudian hari sbb dah ada clue nama dan umur

baby hatch tu ramai je org guna.. walaupun ramai juga yg menyesal lepas tu, dah tak dapat cari balik dah

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.042024 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top