CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

9 Kambing Dibebas Selepas Setahun Dipenjara

26-11-2023 12:28 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4748| Komen: 30

Dhaka, Bangladesh – Sembilan ekor kambing yang menjalani hukuman ‘penjara’ selama lebih setahun akhirnya dibebaskan di bandar Barisal, Bangladesh kelmarin, lapor laman berita Wion News.

Akhbar Dhaka Tribune melaporkan, kambing-kambing itu ditahan dan dikurung kerana makan rumput serta daun daripada pokok di sebuah tanah perkuburan di bandar Barishal.



Datuk Bandar Barishal City Corporation (BCC) yang baru dipilih, Abul Khair Abdullah telah mengarahkan pembebasan haiwan-haiwan tersebut.

Kesemua kambing itu dilaporkan telah ditahan sejak 6 Disember tahun lepas. Pegawai pentadbiran BCC pada ketika itu, Swapon Kumar Das mengesahkan penahanan tersebut ketika kejadian.

Langkah pembebasan dibuat selepas pemilik kambing-kambing itu, Shahriar Sachib Rajib merayu kepada Datuk Bandar BCC untuk membebaskan haiwan-haiwan peliharaannya baru-baru ini. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Highflyer19 26-11-2023 12:49 PM
Semoga menjadi pengajaran kpd kambing2 yg lain…
Quote adm7 26-11-2023 12:52 PM
Yang bua undang-undang ni tak da otakke ? Patut penjara pemilik haiwan.
Quote syamzana 26-11-2023 12:56 PM
manusia mmg kejam
Quote _kelly 26-11-2023 12:58 PM
Highflyer19 replied at 26-11-2023 12:49 PM
Semoga menjadi pengajaran kpd kambing2 yg lain…

hahahahaha
Quote fortiori13 26-11-2023 01:02 PM
Pemilik kambing tak kena pape ke? Pelik2 je...
Quote Skuau 26-11-2023 01:06 PM
adm7 replied at 26-11-2023 12:52 PM
Yang bua undang-undang ni tak da otakke ? Patut penjara pemilik haiwan.

"apa tada otak..Msia pung suda kita kaki bawah la..abang,kaka"-Abangla
Quote Skuau 26-11-2023 01:09 PM
fortiori13 replied at 26-11-2023 01:02 PM
Pemilik kambing tak kena pape ke? Pelik2 je...

tak pelik pung..contoh..bangla..cabul budak...tak pernah dgr majikan 'kena' sekali....
Quote ultra78 26-11-2023 01:18 PM
Nasib la kambing. Kalau lembu sudah dapat layanan lagi baik.
Quote fortiori13 26-11-2023 01:21 PM
Skuau replied at 26-11-2023 05:09 AM
tak pelik pung..contoh..bangla..cabul budak...tak pernah dgr majikan 'kena' sekali....

Haha, itu lain bang skuau...
Quote Skuau 26-11-2023 01:23 PM
fortiori13 replied at 26-11-2023 01:21 PM
Haha, itu lain bang skuau...

"Ini tidak adil"-Abdul Wahab
Quote noor2 26-11-2023 01:24 PM
Kalau kat Malaysia jenuh lembu kena penjara.

Tuan kambingnya mana
Quote Belibis 26-11-2023 03:56 PM
Tak pasal2 dah ada rekod jenayah lampau.
Quote ujio 26-11-2023 03:57 PM
Apa ke banganggg...
Quote zuuu 26-11-2023 06:43 PM
adm7 replied at 26-11-2023 12:52 PM
Yang bua undang-undang ni tak da otakke ? Patut penjara pemilik haiwan.

Patut semua dari hakim ke peguam yg terlibat semuanya diheret ke dalam penjara instead of kambing2 yg x bsalah ni
Quote TeropongThaico 26-11-2023 06:54 PM
Makanan dlm penjara tak best ke? Kurus je semua harap perut je buncit
Quote any42 26-11-2023 07:32 PM
kesian kambing nk minta keje esok ssah dah ade rekod jenayah
Quote adeqbun 26-11-2023 07:45 PM
Wey..kambing kot..bangang anat manusia
Quote ninja boy 26-11-2023 08:00 PM
Mujurlah xde hukuman sebat
Quote I.K.A888990 26-11-2023 08:07 PM
kesian kambing..lain kali buat mcm kat malaysia ni haaa
kalau kita kat sini hulur2 sikit tunjuk kad oku sesaat je boleh terlepas...

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 01:46 PM GMT+8 , Processed in 0.440406 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top