Dhaka: Polis Bangladesh menyekat puluhan pelarian Rohingya yang mahu berlayar ke Indonesia, kata seorang pegawai selepas semakin ramai etnik minoriti Myanmar itu terdesak melakukan pelayaran laut yang panjang dan berisiko untuk melarikan diri.
Ada yang berkata mereka membayar sindiket pemerdagangan manusia sehingga AS$1,000 (RM4,683) untuk mendapatkan tempat di atas bot, sebahagian besarnya menuju ke Indonesia dan Malaysia. Polis berkata mereka menahan 58 Rohingya kerana dilaporkan meninggalkan kem dengan menaiki bot di Teknaf, sebuah pelabuhan di sungai Bangladesh yang terletak di seberang sempadan Myanmar. "Antaranya, sembilan lelaki, 16 perempuan dan 33 kanak-kanak. Kami juga menahan dua orang yang didakwa membawa mereka.
"Mereka sudah bersedia untuk berlayar dengan bot dari Teknaf dan mahu pergi ke Indonesia dan Malaysia," kata ketua balai polis Teknaf, Osman Goni kepada AFP. Keadaan di kem pelarian yang sesak, berbahaya dan kekurangan sumber adalah sesuatu yang sukar dan pelarian berkata keadaan bertambah buruk disebabkan pemotongan bantuan makanan, pertempuran dan kekurangan pekerjaan. Bangladesh menjadi rumah kepada satu juta pelarian Rohingya yang kebanyakannya beragama Islam, majoriti mereka melarikan diri daripada tindakan keras pada 2017 oleh tentera Myanmar yang kini tertakluk kepada siasatan pembunuhan beramai-ramai Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB). Bulan ini menyaksikan peningkatan dalam perjalanan Rohingya ke wilayah Aceh, Indonesia, yang jaraknya kira-kira 1,800 kilometer (km), dengan lebih 1,000 ketibaan dalam gelombang terbesar sejak tindakan keras yang berlaku pada 2017. Sehubungan itu, polis Indonesia, dengan bantuan nelayan tempatan, melakukan rondaan bagi mengesan dan mengelakkan pelarian Rohingya mendarat di pantai negara itu. Polis di wilayah Aceh kini melakukan rondaan 24 jam selepas menyaksikan lebih 1,200 pelarian Rohingya mendarat di pantainya sepanjang minggu lalu. Ketua Polis Aceh, Andy Rahmansyah, berkata kerjasama turut diselaras bersama pihak berkuasa wilayah berhampiran bagi meningkatkan kawalan pantai dan kawasan perairan di Selat Melaka. "Kita lakukan rondaan 24/7 bagi mengelakkan pelarian Rohingya mendarat di Aceh Utara," katanya. Di Aceh Utara, Ketua Kampung Tanoh Anoe, Amiruddin Ismail, memberitahu AFP bahawa rondaan dipertingkatkan sejak Jumaat lalu apabila nelayan melaporkan ternampak bot Rohingya kira-kira tiga km di luar pesisir pantai pekan of Muara Batu. "Nelayan, polis tempatan dan unit tentera melakukan rondaan di sepanjang pantai sehingga bot berkenaan tidak kelihatan lagi," katanya. Agensi bantuan kemanusiaan pula menyuarakan kebimbangan Indonesia akan memperketatkan kawalan pantainya bagi menyekat pendaratan pelarian Rohingya, seperti mana dilakukan oleh Malaysia, Thailand dan India sekarang. Sebahagian besar penduduk Aceh sebelum ini bersimpati dengan nasib pelarian Rohingya sebagai saudara sesama Islam tetapi kekurangan sumber keperluan seharian meyukarkan mereka membantu terlalu ramai pelarian. Tambahan pula, semakin ramai penduduk tempatan hilang sabar dengan sikap etnik Rohingya yang tidak menghormati budaya tempatan dan sering berbalah dengan penduduk setempat. Sumber: BH Online
|
anakkerengga replied at 26-11-2023 12:48 PM
Bangsa ni walaupun org benci hina ke tetap nak dtg.. diaorg tahu ke tak sbnrnya org malaysia indones ...
unguaurora replied at 26-11-2023 12:26 PM
Byk jugak populasi deols ni ye? Mcm x hbs2 citer psl pelarian. Subur sgt.. dh tau susah asyik berana ...
krustykrab replied at 26-11-2023 07:03 AM
Prnh reporter.interview sorg ane rohingya yg berbini 4 anak berbelas ke berpuluh tah, iols pun dah ...
Tinot7 replied at 27-11-2023 08:25 AM
Awat deme taknak pi bashan char? Ada pulau khas utk deme. Kerajaan bangladesh dah banjer jota2 utk d ...
nusaraya replied at 26-11-2023 11:58 PM
Pengungsi Rohingya Ditolak di Aceh, Kemenlu Tegaskan Indonesia Tak Miliki Kewajiban untuk Menampung
...
ADVERTISEMENT