Seorang pelakon Indonesia iaitu Nanie Darham yang pernah membintangi filem Air Terjun Pengantin dilaporkan telah meninggal dunia pada 21 Oktober lalu. Tak dinafikan, berita pemergian aktres yang cukup berbakat ini mengejutkan para peminat malah ramai tertanya-tanya apakah punca kematian Nanie. Selepas proses bedah siasat dijalankan, pihak berkuasa mengesahkan Allahyarhamah meninggal dunia adalah disebabkan kecuaian doktor ketika melakukan prosedur sedut lemak.
Difahamkan, mangsa berada dalam keadaan sihat sebelum menjalani prosedur tersebut namun keadaan mangsa tidak stabil selepas lima minit operasi sedut lemak dijalankan. Susulan daripada itu, Allahyarhamah telah dikejarkan ke hospital kerana mengalami komplikasi. Bukan itu sahaja, telinga dan mulut Allahyarhamah turut mengeluarkan darah selain terdapat beberapa kesan luka pada tubuh badannya. Keadaan Allahyarhamah semakin membimbangkan sebelum pihak hospital mengesahkan Nanie meninggal dunia. Menurut sumber, sebelum ini, Allahyarhamah pernah diberi jaminan bahawa prosedur tersebut selamat dilakukan meskipun dia baru melahirkan bayi dua bulan lalu. Berikutan apa yang berlaku, pihak keluarga menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang atas kecuaian yang berlaku.
Sumber: Oh Bulan |
amyfaha: Dia meninggal sedut lemak. Tak ...
amyfaha: Dia meninggal sedut lemak. Tak ...
amyfaha: Dia meninggal sedut lemak. Tak ...
amyfaha: Dia meninggal sedut lemak. Tak ...
amyfaha replied at 25-11-2023 03:17 PM
Dia meninggal sedut lemak. Takde kena mengena dgn ubah ciptaan tuhan. Iols pun ade buat sedut lemak. ...
cikkilata replied at 26-11-2023 12:46 AM
Bape kali kena sedut nak turun 20kg tu? Cer citer details.. nak tahu jugak.. hihihiii
putu replied at 25-11-2023 06:46 PM
brp kos sedut lemak itu? Maintain slim ka? I nk jugakk..penat la joging. Hihi
putu replied at 25-11-2023 06:46 PM
brp kos sedut lemak itu? Maintain slim ka? I nk jugakk..penat la joging. Hihi
amyfaha replied at 25-11-2023 03:17 PM
Dia meninggal sedut lemak. Takde kena mengena dgn ubah ciptaan tuhan. Iols pun ade buat sedut lemak. ...
bitterchoc replied at 2-12-2023 01:00 PM
Sedut lemak ni doktor kena rodok2 jugak lemak bawah kulit tu dengan alat tu. Errghhh seram.
ADVERTISEMENT