CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Koperal Polis Berhalusinasi-Tembak Bapa Sedang Tidur Sampai Mati, Jadikan Ibu Dan Isteri Tebusan

24-11-2023 10:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2865| Komen: 6

Seorang koperal polis menembak bapanya yang sedang tidur sebelum menjadikan ibu dan isterinya sebagai tebusan.

Thaiger News melaporkan, polis telah menerima panggilan kecemasan mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Koperal Wanchalerm, 31, yang telah menembak mati bapanya dan menahan ahli keluarga di dalam rumah mereka.


Setiba saja di tempat kejadian iaitu di Nakhon Chai Si, Thailand,  polis mendapati keadaan semakin tegang dan terpaksa memanggil penguatkuasa undang-undang tempatan serta pasukan rundingan untuk campur tangan.


Foto: Thaiger News

Selepas lebih setengah jam, pihak polis berjaya mengeluarkan isteri dan ibunya dengan selamat manakala mayat mangsa yang berusia 71 tahun, ditemui di dalam bilik tidurnya dengan kesan tembakan di kepala.

Menurut isteri suspek, dia terdengar bunyi tembakan dan kemudian melihat Wanchalerm memegang pistol sambil berjalan ke bilik tidur.


Siasatan awal mendedahkan bahawa Wanchalerm telah mengalami halusinasi dan telah dirawat untuk kemurungan selama lebih dua tahun. Keadaannya bertambah teruk apabila dia minum minuman keras sebelum kejadian berlaku.

Senjata yang digunakan dipercayai telah dibuang di dalam hutan berhampiran, menyebabkan pihak polis terpaksa melakukan pencarian.

Namun, selepas beberapa jam, polis telah menemui sepucuk pistol Glock 9mm di dalam hutan, dipercayai senjata yang digunakan suspek. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyflynx 10-9-2024 05:20 AM
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.052056 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top