Seorang individu berkongsi beberapa tangkap layar yang menunjukkan seorang pelanggan memaki rider p-hailing kerana makanan yang dipesan lewat dihantar. Dalam masa sama individu tersebut sempat mendidik warganet tentang bagaimana sistem p-hailing berfungsi dan kadang kala menyebabkan makanan yang dipesan lewat dihantar oleh rider.
“Order makan ni, order masuk ke vendor, bila vendor terima order, vendor akan siapkan order dan dalam masa yang sama order ni akan mencari rider. “Dalam kes ni order masuk ke vendor, tapi tak jumpa rider yang nak ambil. Tu yang pelanggan kena sidai,” tulisnya di Facebook. Menerusi hantaran itu, majoriti menyelar sikap pelanggan itu yang disifatkan sebagai kurang ajar. “Cancel je kalau kena macam ni. Padan muka,” komen seorang netizen. “Mana adabnya?,” tulis seorang lagi netizen. “Adab zero lah, tak pernah belajar adab kot,” ujar warganet.-CARI Sumber: Gempak
|
kitaserupaaa replied at 24-11-2023 09:48 AM
Aku rasa tunggu sejam utk food delivery tu mcm normal je especially bila peak hours mcm lunch. Kalau ...
kitaserupaaa replied at 24-11-2023 09:48 AM
Aku rasa tunggu sejam utk food delivery tu mcm normal je especially bila peak hours mcm lunch. Kalau ...
ultra78 replied at 24-11-2023 03:53 PM
Rider melamar makanan..
Ayda89 replied at 24-11-2023 08:02 PM
Aku terkena order grab dia tak jumpa rumah, aku tanya dia naik apa, kereta sekian2 dia jawab. Aku do ...
ADVERTISEMENT