Petaling Jaya: Kira-kira 10,000 pekerja logistik yang beroperasi sekitar Pelabuhan Klang mendakwa terpaksa menanggung akibat berikutan taktik kotor digunakan sesetengah majikan yang memotong elaun bekerja lebih masa dan komisen bulanan mereka walaupun pelaksanaan gaji minimum sudah berkuat kuasa bertujuan mengaburi pihak berkuasa.
Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU) Tan Sri Zainal Rampak berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pekerja mengenai pembohongan dilakukan majikan terbabit yang lebih memikirkan keuntungan berbanding kebajikan pekerja. Menurutnya, beliau sudah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pemberian Gaji dan Jabatan Tenaga Kerja untuk menyiasat perkara itu seterusnya mengambil tindakan undang-undang jika majikan terbabit didapati melakukan kesalahan. “Terdapat lebih 500 syarikat logistik beroperasi di Pelabuhan Klang dan setakat ini, kami menerima antara lima hingga enam laporan tetapi saya percaya sebenarnya lebih banyak syarikat yang melakukan perkara terkutuk itu.
“Mereka memotong elaun kerja lebih masa dan komisen bulanan pekerja bagi memastikan jumlah gaji pekerja tetap sama walaupun gaji minimum RM900 sudah dilaksanakan. “Jadi, apa gunanya pemberian gaji minimum sedangkan pekerja tetap tidak dapat menikmati kenaikan gaji seperti arahan kerajaan,” katanya pada sidang media di Wisma TWU, semalam. |
PenjualAPAD posted on 5-7-2013 08:20 AM
aku bukan stakat potong elaun, siap suh berenti kerja lagi, skang aku kerja sendiri
ADVERTISEMENT