Seorang wanita yang sarat hamill di Costa Rica maut, didakwa akibat terkena gigitan kala jengking. Evelyn Vásquez Villalobos yang sedang sarat hamil sembilan bulan dilaporkan jatuh sakit ketika berada di rumahnya di bandar San Ramón.
Suaminya, Calvo Rodriguez, 41, kemudian menghubungi ambulans namun ketika paramedik tiba, wanita tersebut disahkan sudah meninggal dunia. Malangnya, mereka juga tidak dapat menyelamatkan bayi di dalam kandungannya. Suami Evelyn memaklumkan paramedik dan polis bahawa wanita itu disengat kala jengking sebelum jatuh sakit. Bagaimanapun, polis turut menyiasat kemungkinan wanita tersebut dibunuh kerana mereka tidak menemui sebarang kesan gigitan haiwan tersebut. Pihak berkuasa sedang menunggu keputusan bedah siasat dan suaminya telah ditahan sementara siasatan polis diteruskan. -CARI
Sumber: mStar/Mirror
|
supernaturalee replied at 24-11-2023 07:58 AM
x pnh dgr plk sblm ni kes org kena ketit dgn scorpion smpi terbunuh
ke ada
malarky replied at 24-11-2023 09:23 AM
ada, pernah masuk berita dalam tahun 90an
ADVERTISEMENT