Kecoh jadinya apabila seorang wanita tampil mendakwa dirinya hamil anak Aniq Suhair. Katanya dia mempunyai beberapa bukti yang mengatakan Aniq sememangnya melakukan perbuatan tersebut ke atas dirinya.
Terbaharu, Aniq nampaknya sudah privasikan akaun Instagram miliknya sekaligus mencetuskan tanda tanya ramai. Aniq juga dipercayai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu yang sedang panas membabitkan namanya. Terdahulu, seorang wanita mendakwa Aniq berjanji untuk melakukan beberapa perkara demi membersihkan nama baiknya sebagai seorang pelakon. Namun wanita tersebut mendakwa Aniq telah pun menipu dan memanipulasi dirinya semata untuk memastikan dirinya menarik semula laporan polis yang dibuat terhadap pelakon berkenaan. Dalam pada itu, wanita tersebut turut mempertikai tindakan Aniq yang dikatakan telah memadam kenyataan yang dibuatnya menerusi akaun Instagramnya (IG). Dia juga mencabar Aniq untuk menunjukkan bukti surat saman yang mahu difailkan ke atas dirinya atas alasan fitnah. -CARI |
ADVERTISEMENT