Selepas tular video keluar besama, Mimi Lana sekali lagi memberi bayangan hubungannya dengan Syafiq Kyle masih baik. Terbaharu, Mimi berkongsi video menerima kek brownies daripada Syafiq sempena ulang tahun kelahirannya.
Dia mengucapkan terima kasih kepada Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, kerana sempat menyediakan kek berkenaan sebelum dia menjalani penggambaran di luar kawasan. "Tapi saya pandai makan brownies. Terima kasih Syafiq gigih buatkan brownies sebelum shooting jauh-jauh. Tak sabar nak makan," katanya menerusi satu hantaran di Instastory.
Dalam video itu, Mimi menunjukkan kek brownies yang diterima dalam kotak putih. Syafiq turut menulis ucapan selamat hari ulang tahun kelahiran buat aktres berkenaan dan memberitahu dirinya tidak pandai membuat brownies. "Happy birthday yang ke-28. Tak pandai buat brownies tapi...," tulisnya. Sebelum ini, tular sebuah video memperlihatkan Mimi dan Syafiq makan malam di sebuah restoran yang terletak di Setapak, Kuala Lumpur. Pada Ogos lalu, pengurus Mimi iaitu Iman Tang mengesahkan pembatalan majlis pernikahan dan resepsi pasangan berkenaan disebabkan mereka terikat dengan jadual penggambaran selain Mimi perlu menyelesaikan beberapa perkara dengan Syafiq.
Pasangan itu sepatutnya disatukan sebagai suami isteri pada 18 Ogos lalu, sementara majlis resepsi di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada sebelah malam. Untuk rekod, pasangan ini juga pernah dikatakan putus cinta pada Mei 2020 selepas lima tahun bersama namun hubungan mereka kembali bertaut apabila berkongsi gambar di media sosial dan melangsungkan pertunangan pada Januari lalu. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|