CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Perang Rusia Vs Amerika, NATO, Kian Jadi Nyata?

2-12-2015 03:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14800| Komen: 76


Oleh : Dean BZ


Kita semua tidak mahu perang terjadi, namun akibat ketamakan sesetengah pemimpin kuasa-kuasa besar dunia yang ego dan haus dengan kekuasaan serta pengaruh, maka kini sudah kelihatan adanya benih-benih perang dunia. Pelbagai spekulasi tentang akan terjadinya perang dunia sudah mula meniti dibibir-bibir penduduk dunia.



Perebutan kuasa dan pengaruh antara dua kuasa besar dunia, Rusia dan Amerika Syarikat mendekatkan lagi dunia ke jurang perang terbesar di abad ke-21 atau lebih dikenali sebagai World War III (WWIII).

Sejak krisis di Ukraine dan Crimea bermula, Rusia terus menunjukkan kekuatan tenteranya , baik di sempadan Ukraine dan di dalam wilayah Crimea sebagai sokongan terhadap wilayah yang baru saja melepaskan diri dari Ukraine itu.


Di sisi lain, Amerika Syarikat dan negara-negara NATO serta Kesatuan Eropah secara terang-terangan menyokong Ukraine dengan mengecam referendum Crimea dan merancang sekatan untuk Rusia. Kekuatan tentera NATO, terutama negara-negara anggota yang bersempadan dengan Ukraine terus diperkukuhkan. 

Kemudian terjadi pula serangan di Paris yang mengorbankan ramai orang awam, pelaku serangan itu dikaitkan dengan ISIS/Daesh yang mana umum mengetahui Rusia adalah "supporter" besar ISIS. Jadi sudah pasti ini membakar lagi kemarahan Perancis dan sekutu besarnya Amerika serta NATO.


Baru-baru ini pula, tentera Turki yang juga merupakan ahli NATO telah menembak jatuh sebuah pesawat pejuang Sukhoi 24 milik Rusia yang dikatakan telah menceroboh ruang udara Turki pada 24 November 2015.

Ekoran kejadian itu, hubungan antara Turki dan Rusia menjadi tegang sehingga Rusia memutuskan hubungan diplomasi dengan Turki. Rusia juga merancang untuk memutuskan hubungan ekonomi dengan Turki. Apa yang lebih dibimbangi adakah Rusia akan menyerang Turki?

Namun mengikut perjanjian NATO, jika salah satu daripada negara-negara NATO terlibat dengan perang , Amerika Syarikat dan sekutu harus campur tangan. Ini akan memburukkan lagi keadaan kerana pertembungan dua kuasa besar ini bakal berlaku jika Rusia benar ingin menyerang Turki.


Memetik dari lensaindonesia.com, meskipun sejak Perang Dingin perlucutan senjata strategik mulai dilakukan, saat ini Amerika Syarikat dan Rusia masih mempunyai ribuan kepala peledak nuklear siap pakai. Pelbagai data menyebut, Amerika Syarikat masih mempunyai persediaan peluru berpandu balistik antara benua ( ICBM ) sebanyak 448 buah yang masih mengarah ke wilayah Rusia .


Amerika Syarikat diperkirakan masih mempunyai 7,700 buah peledak, termasuk 1,950 kepala peledak yang boleh dilancarkan melalui ICBM, kapal selam , dan pesawat udara.

Sementara itu, Russia dianggarkan mempunyai 8,500 peledak pelbagai jenis, tetapi hanya kira-kira 1,800 buah yang siap pakai. Rusia dianggarkan mempunyai 845,000 anggota tentera aktif dengan kira-kira 2.5 juta anggota tentera simpanan. Selain itu Rusia kini dikenali sebagai pengeluar senjata perang dan pesawat udara tercanggih didunia.


'

Sumber foto - gtaforums.com



Kekuatan Rusia juga tidak boleh lagi dipandang mudah kerana Rusia juga mempunyai sekutu kuat seperti China dan lain-lain negara yang turut bersekutu dengannya. Krisis di Laut China Selatan juga membuatkan hubungan antara China dan Amerika menjadi tegang kerana China tetap berkeras ingin membesarkan kawasan takluknya di Laut China Selatan.


Amerika Syarikat kini mempunyai 1.4 juta anggota tentera aktif dan 850,000 kakitangan simpanan. Namun , Amerika Syarikat tak boleh mengerahkan semuanya ke Rusia . Sebahagian perlu menjaga 598 pengkalan tentera Amerika Syarikat dan sebahagian lain harus bersiaga di dalam negara.


Sumber foto - platosguns.wordpress.com


Rusia mempunyai kelebihan kerana Armada Laut Hitam berpangkalan di Sevastopol, tetapi NATO dan Amerika Syarikat mempunyai keunggulan di udara, keupayaan radar yang lebih baik , peluru berpandu , dan peralatan perang elektronik .

Jika Perang Dunia I menewaskan 40 juta orang, Perang Dunia II mengakibatkan 85 juta orang kehilangan nyawa, maka perang nuklear antara Amerika Syarikat dan Rusia ini akan menelan korban jauh lebih besar. 

Sumber foto - www.thesleuthjournal.com


Dalam sebuah hadis, Rasulullah bersabda; “Tidak akan terjadi hari Kiamat sehingga kaum Rom turun di kota Amaq (Lembah Antioch, Selatan Turki) dan di Dabiq (dekat Aleppo, Syria).

Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rom, biarkanlah (jangan kalian halang) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi. Maka kaum Muslimin berkata, Demi ALLAH, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal.

Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu solat sudah masuk, turunlah Nabi Isa Ibn Maryam a.s.” (Riwayat Muslim dari Sayidina Abu Hurairah RA)

Kini, kita jelas dapat melihat kuasa-kuasa dunia mula tertumpu di Syria. Adakah saatnya sudah hampir tiba?

Jika perperangan benar-benar terjadi, bukan soal siapa menang atau siapa kalah yang menjadi persoalan, yang pastinya turut akan mengorbankan jutaan mangsa yang tidak berdosa. Semoga dunia ini kekal aman dan dijauhkan dari perperangan. PEACE NO WAR! - CARI Infonet.





*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.


7

Bagus
4

Marah
26

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (49 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 2-12-2015 03:25 PM
Dah lama tak makan ubi.
Quote caprut 2-12-2015 03:30 PM
kalau perang smua org kena mula balik kan? jdi najib akan jadi rakyat biasa2 mcm org lain la nti?
Quote turboturtle 2-12-2015 03:35 PM
Kat Laut cina selatan pun tunggu masa je nak perang, sape nak sangat makan ubi tu boleh la merasa @spiderman80
Quote caprut 2-12-2015 03:42 PM
kalau malaysia terlibat harapnya artis laki dpt menawarkan diri menjadi askar di barisan hadapan di samping KJ mengetuai . dan jgn lupa jugak abg2 sado yg ggih msok prtandingan bina badan lalu ggih upload di IG. jgn awal2 kasi alasan sakit sudah la
Quote kemaruk 2-12-2015 03:53 PM
asal boleh je, selitkan hadis la, ayat al quran la

bangkem ingat lagi, waktu gempa bumi kat kinabalu dulu, berebut-rebut BBNU kopipes ayat al quran kat fesbuk untuk kaitkan dengan peristiwa gempa bumi tu

ada yang kaitkan tarikh dan massa kejadian dengan nombor surah la, ada yang kata dalam al quran dah predict kejadian tu la

adeh...
Quote Artemesiaa 2-12-2015 03:56 PM
Ni Britain pun tgh meeting nak joint serang syria ke tidak tapi cam jadi je ni
Quote kemaruk 2-12-2015 03:58 PM
dulu bangkem pernah cuma rungkaikan maksud surah al-fil.. terjemahannya:

1. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah?
2. Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka'bah) itu sia-sia?
3. dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong,
4. yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar,
5. lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).

dulu bangkem percaya ayat kat atas bukan menceritakan peristiwa silam, tapi peristiwa masa depan...

tentera bergajah tu adalah kereta tank.. burung ababil adalah jet pejuang, batu berapi tu adalah bom/misil
Quote caprut 2-12-2015 03:58 PM
chacon replied at 2-12-2015 03:51 PM
sokong! harap abang mejar david T berada di barisan hadapan jugak

siti norhalija jg dilupa. hari2 masak untuk abg askar. masa ni la nk balas budi peminat. betol tak ? kalo tk rugi la lantikan sebagai askar wataniah
Quote bluehedgehog 2-12-2015 04:02 PM
caprut replied at 2-12-2015 03:42 PM
kalau malaysia terlibat harapnya artis laki dpt menawarkan diri menjadi askar di barisan hadapan di  ...

general2 tgh tunggu arahan najib
najib pula tunggu macainya tulis skrip sblm buat pengumuman
waktu nk buat pengumuman, putrajaya da ilang

Quote bluehedgehog 2-12-2015 04:02 PM
caprut replied at 2-12-2015 03:58 PM
siti norhalija jg dilupa. hari2 masak untuk abg askar. masa ni la nk balas budi peminat. betol tak ...

jgn lupa anak zahid hamidi ye
Quote kyrana 2-12-2015 04:06 PM
siap2 la tanam ubi kayu sape ada tanah tu.
Quote bluehedgehog 2-12-2015 04:16 PM
chacon replied at 2-12-2015 04:05 PM
otak ko ngan aku sama pulak fikiran

ikon vape mesia sentiasa dlm ingatan
Quote bluehedgehog 2-12-2015 04:17 PM
kyrana replied at 2-12-2015 04:06 PM
siap2 la tanam ubi kayu sape ada tanah tu.

yg duk pprt cm mn
Quote uori 2-12-2015 04:20 PM

banyakklah ko punya ubi  
Quote caprut 2-12-2015 04:25 PM
Edited by caprut at 2-12-2015 04:26 PM
bluehedgehog replied at 2-12-2015 04:02 PM
jgn lupa anak zahid hamidi ye


aleh2 tgh gigih ig dkt negara luar msa malaysia berada dlm keadaan duka. gambar ig pula, Malaysia tgh perang dgn ayat panjag lebar
Quote wak+sapran 2-12-2015 04:27 PM


utk pengetahuan korang, wak dah bungkus kain baju dan simpan beras dah sbb nak pindah ke planet pluto...wak dah call neelofa pagi tadi suruh dia pack mana2 brg yg nak dibawak.....wak ajak neelofa je sbb wak nak biakkan spesis manusia baru kat sana...kotang pi la pi la cari planet lain
Quote kyrana 2-12-2015 04:37 PM
tanam ubi dalam pasu.
Quote dani-rox 2-12-2015 04:47 PM
Walaupon mcm mustahil berlaku, ai harap Norway atau Iceland sudi menerima diri ini sbg pelarian. Ai tak memilih makan k, tak reti nak radikal mana2 pahaman, tak harapkan elaun, sanggup kerja etc

Btw artikel nih original hasil nukilan reporter Cari ya? Syabas dan kipidap dongibab.
Quote AbukRokok 2-12-2015 04:55 PM
perang phrophecy
islam dengan phrophecynya
kristian dengan phrophecynya
yahudi dengan phrophecynya


semua kata ttg Messiah/Nabi Isa coming soon

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.086536 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top