CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pengikut Ben Amir Makin Ramai Bila Lantang Bersuara

23-11-2023 02:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1373| Komen: 2

kerap membuat luahan terhadap sesuatu perkara yang berlaku disekelilingnya, Ben Amir mengaku mempunyai personaliti yang berbeza di aplikasi X.

Ben berkata, kadangkala dia berasa seronok untuk menjadi netizen di platform terbabit di sebalik kehidupan sebagai selebriti.


Foto: IG

"Saya rasa semua orang mempunyai sisi kehidupan yang berbeza. Kalau di Instagram, saya cuma guna untuk muat naik kandungan mengenai kehidupan peribadi dan berkaitan kerja.

"Tapi di aplikasi X, saya guna untuk meluahkan apa yang saya fikir atau nampak ketika itu.



"Seronok lah juga jadi netizen. Kadang-kadang kita kena mengikuti kumpulan itu juga," katanya kepada Harian Metro.

Sebelum ini, Ben banyak memuat naik ciapan yang tidak menggambarkan personalitinya sebagai selebriti apabila sering meluahkan rasa geram terhadap sesuatu perkara.



Menurut Ben, kelantangan di aplikasi itu tidak menyebabkan pengikutnya semakin berkurangan sebaliknya ramai pula yang mula mengikuti perkembangannya.

"Ramai juga yang tidak percaya jika ciapan itu ditulis oleh saya. Tapi kebenarannya saya membuat luahan itu.

"Saya tidak takut untuk lantang di X, pengikut pun semakin ramai," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mademoisellee 23-11-2023 02:45 PM
Iols la antara followers tu hihi. Mmg tak percaya gak heols yg tweet. Sbb nampak budak2. Rupanya betul2 heols. Apa pun iols nak nasihat juga, netizen ni pantang sikit dgn retis2 sejenis suka mencapub ni. Contoh topi nasi, aeril zafrel, etc. Moga2 uols tidak termasuklah dalam kategori tu, kalau tak hilanglah nilai komersial uols hmmm
Quote Binderclips 23-11-2023 03:25 PM
Macam kumpul followers utk ajaran sesat je

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.177574 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top