UPDATE Raf Yaakob mengesahkan dia dan Mawar Rashid memilih jalan untuk berpisah. Dalam satu kenyataan, Raf atau Raden Ahmad Faizal Yaakob memberitahu mereka sepakat untuk bercerai kerana tiada persefahaman.
"Kami berdua bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Hubungan saya dan Mawar akan terus baik," katanya. Pasangan ini kini memberi fokus untuk membesarkan anak-anak mereka. Raf juga memberitahu fokus mereka kini adalah untuk anak-anak dan akan berbincang tentang hak penjagaan bersama. Malah dalam rasa yang amat sedih dan berat hati, Raf memakumkan perceraian ini adalah jalan terbaik buat mereka. "Fokus kami sekarang adalah untuk memberi segala keperluan anak-anak. "Hak penjagaan bersama adalah sangat penting dan kami akan berbincang tentang perkara tersebut. "Kami amat kecewa untuk berkongsi perkara ini. Bagaimanapun ia adalah yang terbaik buat kami, tulismya di IG. -CARI _______________________________________________________________________________ Mawar Rashid memaklumkan akan memberikan kenyataan bersama suaminya, Raf Yaakob, hari ini.
Semua perkara berhubung desas-desus mereka ke Mahkamah Syariah hanya akan dinyatakan secara bersama. “Tunggu kenyataan saya dan Raf,” katanya kepada Kosmo. Pada masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen buat masa ini. “Minta maaf sebab saya tak boleh lagi bagi komen sekarang. Doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya. Difahamkan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu sepatutnya hadir ke mahkmah syariah semalam. Spekulasi pergolakkan rumah tangga mereka hangat diperkatakan selepas Mawar, 28, tidak lagi berhijab sekitar awal bulan lalu. Menguatkan lagi dakwaan itu apabila dia dilihat bertindak memadam gambar bersama adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob itu. Menerusi perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan. Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pula sebelum ini mempunyai dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu. – CARI Sumber: Kosmo
|
dudaberhias replied at 23-11-2023 12:16 PM
nak umumkan produk gampunk baru la tu untuk acik2 semua boikot siap2 dari mengkayakan mangkuk drama ...
esteryen replied at 23-11-2023 12:29 PM
6 tahun perkahwinan ngan 3 anak dan tempoh masa jarak dekat2, mungkin tu penyebab regangnya hubungan ...
ime1311 replied at 23-11-2023 12:22 PM
Sumber : igs mawarashid
ADVERTISEMENT