|
London: Monarki Britain, Raja Charles III memberi penghormatan kepada kumpulan K-pop, Blackpink semalam kerana usaha mereka dalam meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim, lapor akhbar Washington Post.
Penghormatan itu diberikan ketika Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dan Perdana Menteri Rishi Sunak berjanji mengadakan kerjasama lebih rapat antara kedua-dua negara berhubung teknologi dan pertahanan. Pada hari kedua rangka lawatan tiga hari Suk-yeol ke London, Raja Charles III memberikan darjah kebesaran Members of the Order of the British Empire (MBE) kepada Kim Jennie, Kim Jisoo dan Lalisa Manoban. Rakan sekumpulan, Roseanne (Rosé) Park juga menerima pingat MBE, namun tanpa gelaran ‘kehormat’ kerana dia memiliki dua kewarganegaraan di New Zealand, salah saru daripada 14 negara di mana Raja Charles III menjadi ketua negara. Sumber: Kosmo! Online
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
14-2-2026 05:23 PM GMT+8 , Processed in 0.030331 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.