Reen Rahim menggelabah dapur rumahnya dimasuki seekor monyet ketika dia sedang syok live di Instagramnya baru-baru ini. Reen dilihat terus menyorok di sebelah tingkap luar rumah sambil memerhati monyet menikmati telur ayam di atas peti sejuk.
“Allahuakbar monyet, aku takut monyet macam mana ni dia makan telur. “Rileks Reen Rahim. Eh kau macam tu je. Keluarlah!,” jerit Reen selepas monyet itu menepis penyapu yang ditala ke arahnya. Loading FB Post...
Tidak cukup hanya makan telur ayam, monyet itu sempat menggeledah kabinet dapur Reen sebelum meninggalkan ruangan itu dengan keadaan bersepah. “Berani korang masuk rumah aku, kurang ajar!. “Apa? Dia ambik makanan ikan. Mana suami kita,” bebel Reen sejurus monyet itu beredar dari dapur.
|
kucingitam: bestnya rumah dia..open macam ...
ADVERTISEMENT