CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Amira Othman Tak Takut Kahwin Lambat, Dah Tua Baru Timang Anak

23-11-2023 10:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4256| Komen: 27

Amira Othman tak tertekan pun tengok kawan-kawan lain dah kahwin.

Amira berkata, dia mengaku sering diajukan pertanyaan itu namun tidak mempunyai kuasa untuk melawan takdir yang sudah tertulis.


Foto: IG

"Sekarang ini kalau ada kenalan rapat yang berkahwin saya sering menjadi sasaran dengan pertanyaan bila giliran saya nak menamatkan zaman bujang.

"Bukan tiada perancangan ke arah itu, tapi apa nak buat jodoh belum sampai lagi. Tipulah kalau sebelum ini saya tak pernah berkenalan atau merancang ke arah itu.



"Setiap kali menerima pertanyaan ini saya tak tertekan pun cuma bila ada yang mempersoalkan saya tidak takut ke kahwin lambat dan menerima zuriat pada usia yang tua, saya rasa soalan seperti itu tidak patut ditanyakan.

"Jodoh dan ajal di tangan-Nya. Siapalah kita untuk mempersoalkan qada dan qadar, semuanya sudah tertulis. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar diberikan jodoh yang terbaik pada waktu yang tepat," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Amira, sehingga kini dia belum menemui kekasih hati namun sentiasa positif dan tidak berhenti berdoa agar diberikan teman hidup yang mampu membimbingnya nanti.

"Hidup kita ini memang tiada jaminan sebab Dia Yang Maha Berkuasa. Allah sudah tentukan apa yang terbaik untuk setiap hamba-Nya.


"Tidak dinafikan saya masih lagi solo dan tidak mengenali sesiapa pun. Insya-Allah adalah nanti, sama-sama kita doakan," katanya.

Baru-baru ini rakan rapat Amira yang juga penyanyi terkenal Nabila Razali baru saja mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Nik Iruwan Nik Izani. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 23-11-2023 11:10 AM
klu kat jb ni mana2 function melibatkan istana mesti jemput dia nyanyi..mana tau nnti sangkut jodoh ngn org istana
Quote Kurex 23-11-2023 11:14 AM
Takpelah kak.. kau nak kawen bila pun aku tak kisah sebab adik kau helok
Quote cruz2 23-11-2023 11:18 AM
Family org berada, education tinggi, tingkah laku elok, rupa paras pon cantik.. Yg mcm ni la ptt pikir pjg jgn main sauk jer jntan buat laki. Semoga amira bertemu jodoh ygsesuai sepadan dgnnya
Quote Mademoisellee 23-11-2023 11:20 AM
Live your life to the fullest sis. Benang lagi satu kahwin muda hujung2 cerai jua
Quote jambatannetizen 23-11-2023 12:12 PM
cruz2 replied at 23-11-2023 11:18 AM
Family org berada, education tinggi, tingkah laku elok, rupa paras pon cantik.. Yg mcm ni la ptt pik ...

Mak ayah she keja apa? Tgk story, cantik betul rumah.
Quote dudaberhias 23-11-2023 12:14 PM
elok la kahwin lambat... biar jadi andartu yang bahagia dari asalkan berlaki macam xilalat... sampai budak indon kerja kontrak pun heshe sebat sebab asalkan berlaki...

Quote cik_ingeniare 23-11-2023 12:18 PM
Bab kahwin ni kan cuma satu je la.. kahwin bila kau rasa dah bersedia nak kahwin.. bukan sebab pressure dari orang lain or tengok orang lain happy dengan pasangan.. bak kata forumer kat atas ni, Live your life to the fullest
Quote sukanyanyi 23-11-2023 12:26 PM
ketambangkang replied at 23-11-2023 11:10 AM
klu kat jb ni mana2 function melibatkan istana mesti jemput dia nyanyi..mana tau nnti sangkut jodoh  ...

serius la? iol mati2 ingat sheol tak laku dr segi jemputan nyanyian. rupanya byk yg private.. mesti ramai retis mcmni sbnrnya. byk dpt offer kat negri kelahiran
Quote sukanyanyi 23-11-2023 12:28 PM
sian dia. asal member kawen, dia yg jd target kena tanya. ritu time wedding wanik. takde plak org nak tanya arajohana kan..hehe
Quote ketambangkang 23-11-2023 12:47 PM
sukanyanyi replied at 23-11-2023 12:26 PM
serius la? iol mati2 ingat sheol tak laku dr segi jemputan nyanyian. rupanya byk yg private.. mest ...

ye beb..amira dgn ayai la yg selalu nampak especially majlis2 kerajaan yg melibatkan tuanku
Quote cicicumel 23-11-2023 12:56 PM
Brp umur dia? Sebaya Helliza ke?
Quote TerataiMelur02 23-11-2023 01:01 PM
Tenggelam terus hawa bergambar dengan amira n wani.

Apa pun, toksah la tergesa2 kawin.. ucapan “iloveu” je tak cukup dalam berumahtangga.
Quote I.K.A888990 23-11-2023 01:08 PM
betul takyah nak kalut ke apa
sementara single ni enjoy habis2
nnt sampai la masanya
Quote sukanyanyi 23-11-2023 01:53 PM
ketambangkang replied at 23-11-2023 12:47 PM
ye beb..amira dgn ayai la yg selalu nampak especially majlis2 kerajaan yg melibatkan tuanku

oo.. sesuai la.. sbb sheol ada vibe skema2 muslimah anak orka tu n tak gedik.. ok gak kalo jumpa jodoh dari yistana cam uol cakap.

btw aritu tgk rncgn masak2 dgn mike ang kat YT tu, sheol ala2 baru tak jadi dgn someone yg bukan retis. tp jenuh mike korek, tak nak cite lanjut. insyaAllah mmg low key pandai jaga nama ni..
Quote She-Ra 23-11-2023 02:33 PM
TerataiMelur02 replied at 23-11-2023 01:01 PM
Tenggelam terus hawa bergambar dengan amira n wani.

Apa pun, toksah la tergesa2 kawin.. ucapan “il ...

ini sangat betul

Quote PumpkinSpice777 23-11-2023 02:49 PM
cicicumel replied at 23-11-2023 12:56 PM
Brp umur dia? Sebaya Helliza ke?

Rasa dia baru 30 camtu. Ala muda lagi kennn..
Elok la tu dik mira. Jgn amalkan konsep asalkan berlaki. Kumpul duit byk2 dulu. Agituu..
Quote acikhan 23-11-2023 03:12 PM
cantik org nyer banding ngan wany Dan hawa...
Quote rezaremy 23-11-2023 03:29 PM
cantikkk amira...lembuttt jer muka...semoga dipermudahkan segala urusan utk amira
Quote Ayda89 23-11-2023 03:53 PM
Rilex and enjoy je mira. Baru tigaploh. Jgn main sauk je tau nnti diri sendiri yg susah

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:04 AM GMT+8 , Processed in 0.039982 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top