CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fattah Amin Ambil Tahu Dengan Siapa Fazura Berkawan "Perlu Minta Izin Untuk Keberkatan"

23-11-2023 09:06 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 2151| Komen: 7|Original author: Saiful

Sebagai suami, Fattah Amin ambil tahu dengan siapa isterinya berkawan.

Katanya perkara itu adalah normal dan merupakan satu tuntutan dalam Islam.

Foto: IG


Fattah memaklumkan setiap perkara yang dilakukan Fazura juga perlu mendapat keizinannya.

“Sebagai suami, kita kena ambil tahu dengan siapa isteri kita berkawan.



“Adalah sangat normal bagi suami dan isteri untuk bagi nasihat antara satu sama lain dalam segala hal.

“Isteri perlu meminta izin suami untuk mendapat reda dan keberkatan, jangan kata kawan tetapi juga segala hal nak keluar rumah pun kena minta izin suami,” katanya kepada mStar.



Namun Fattah menafikan dakwaan kononnya dia mengongkong aktiviti Fazura.

Kata Fattah, sebagai seorang Muslim, tidak seharusnya perkara itu dijadikan isu sehingga menampakkan ia negatif.


“Kalau saya mengongkong, Fazura tidak boleh keluar penggambaran.

“Dan sebagai seorang islam kita jangan isukan perkara itu sehingga menampakkan ia negatif."

Sebelum ini kecoh bila Neelofa mahu menamatkan sengketa yang berlarutan selama 13 tahun antara dia dan Fazura.



Neelofa berkata, dia juga bersedia bersemuka dengan aktres berkenaan bagi merungkai semua masalah di antara mereka.

Susulan itu, Fazura menjelaskan naratif 'perang dingin' di antaranya dengan Neelofa tidak seperti yang digembar-gemburkan.



Fazura sebaliknya berkata sekiranya dia tidak berkawan dengan seseorang itu bukan bererti mereka saling bermusuh sebaliknya lebih mengutamakan keizinan suami atas dalam memilih rakan. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote marchikobonzo 23-11-2023 10:06 AM
Eh..benak tak masuk serang lagi ke?
Quote aammyy 23-11-2023 10:22 AM
marchikobonzo replied at 23-11-2023 10:06 AM
Eh..benak tak masuk serang lagi ke?

Overtime kot semalam. dah sampai dua benang dibukaknya taktau nak terjah mana satu dulu
Quote miemiecha 23-11-2023 10:46 AM
aaa.. semoga berakhir yg baik2 utk kedua kuarga nih
Quote marchikobonzo 23-11-2023 11:21 AM
aammyy replied at 23-11-2023 02:22 AM
Overtime kot semalam.  dah sampai dua benang dibukaknya taktau nak terjah mana satu dulu

Payment belum masuk kot..
Quote BoongaKertas 23-11-2023 12:31 PM
neelofa tu siapa? lawyer? majistret? eh tiberr. yg iols tahu, berita psl dia asyik benda lain selain bakat. iols still tggu news chatime langkawi bila nak buka. ke dah buka?
Quote prince_marhaen 23-11-2023 03:22 PM
marchikobonzo replied at 23-11-2023 10:06 AM
Eh..benak tak masuk serang lagi ke?

benak semua busy tolong pam susu nak bagi jah... ahahahahahahahaha


Quote hanihan16 23-11-2023 03:28 PM
BoongaKertas replied at 23-11-2023 12:31 PM
neelofa tu siapa? lawyer? majistret? eh tiberr. yg iols tahu, berita psl dia asyik benda lain selain ...

eh i teringin jugak nak baca kalau ada benang dia bertajuk membintangi drama baru ke, movie baru ke, terbitkan filem ke, bukak film production ke. tp yg keluar berita tertekan, terpenjara, kurang susu, travel not for the world to see, pegi party pakai niqab yada yada yada. heheh

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.032351 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top