Terdapat ancaman bom di sekolah anak Datuk Aaron Aziz. Aaron menceritakan situasi cemas tersebut dan berkata keadaan agak huru-hara kerana ibu bapa panik dan mahu segera mengambil anak mereka.
"Hari ini secara tiba-tiba ada ancaman bom. Sembilan sekolah terima ancaman bom kalau tak salah saya. “Kami disuruh oleh pihak sekolah untuk ambil anak-anak dan sekolah anak saya yang terletak di Setia Alam adalah salah satu daripadanya. "Jadi sekarang tengah huru hara, keluarga semua tengah kelam kabut. Saya faham sebab situasi ini mencetuskan rasa panik," katanya menerusi satu di Instagram pada Selasa.
Aaron sempat menasihati ibu bapa supaya kekal tenang dan mengikut arahan yang ditetapkan apabila berdepan sesuatu perkara tidak diingini seperti ini. "Tapi bagaimanapun bila berhadapan dengan situasi begini, kekal tenang, jangan jadi kancheong (cemas), ikut arahan. "Kita tak boleh panik, macam mana mereka (sekolah) nak kawal keadaan yang selamat untuk semua termasuk keluarga, pelajar dan cikgu," katanya.
Melalui kapsyen di hantaran itu, Aaron juga memberikan penghargaan buat Polis Di Raja Malaysia (PDRM) kerana bertindak pantas dalam berdepan situasi berkenaan. "Terbaik tindakan PDRM cepat dan profesional dalam kecemasan, kalau boleh jangan panik. "Setakat ini sekolah Dahlia masih tidak menerima email susulan tetapi sekolah telah ambil langkah awal. Saya suka reaksi yang pantas dari sekolah ini.
"Kekal tenang dan ikut protokol. Kalau satu huru-hara, lain akan ikut. Ingat orang lain pun ada anak anak," ujarnya. Sebelum ini, beberapa sekolah antarabangsa di sekitar Lembah Klang menerima ancaman bom pada Selasa. Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|