CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharifah Zarina Nafi Suara Sumbang "Dengar Live Dalam Dewan Sedap Saja"

21-11-2023 01:00 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6038| Komen: 26

Sharifah Zarina menyangkal suaranya sumbang semasa tampil menyanyi lagu Dawai 

dalam satu program televisyen, baru-baru ini.

Menurutnya, nyanyiannya tidaklah seteruk diperkatakan dan dia tetap berpuas hati dengan persembahan berkenaan.


Foto: IG

Malah, Zarina juga memberitahu dia ada membuat latihan bersama seorang guru vokal bagi memastikan nyanyiannya itu dapat disampaikan dengan baik.

"Saya diundang untuk menyanyi. Dari segi menyanyi, saya sudah buat yang terbaik dan saya sedar yang kini saya tidak lagi relevan sebab sudah lama menyepi.



"Jadi apa yang mereka jangkakan? Saya rasa nyanyian yang disampaikan sedap sahaja, puas hati. Itu suara saya yang setelah lama tiada jemputan. Kali terakhir pun saya menyanyi pada 2021.

"Jadi, terimalah suara off market saya," katanya kepada mStar.

Zarina menjelaskan mutu nyanyiannya seperti didengar dalam video tular berkenaan tidak sama seperti ditonton di auditorium.


"Dalam dewan cara pendengaran berbeza. Mereka (penonton) suka saya nyanyi, mereka kata sedap.

"Dalam dewan bunyi mikrofon dia lain dan di televisyen pula, lain sebab apa-apa kelemahan akan dengar," ujarnya.



Sementara itu, penyanyi lagu Langit Ke Tujuh ini berkata dia tidak berkecil hati membaca komen kecaman ditinggalkan netizen, malah menganggap ia sesuatu yang melucukan.

Baginya, setiap orang pasti ada membuat kesilapan dan tiada siapa yang sempurna.



Sebelum ini, Zarina menerima kecaman hebat daripada warganet ketika mempersembahkan lagu popular dari Indonesia itu semasa program siaran langsung di satu saluran televisyen tempatan.

Rata-rata warganet mengkritik cara nyanyian Zarina yang didakwa sumbang. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MistrezHermanaz 21-11-2023 02:13 PM
suara dia ni mmg dh x sedap..bergetar2 je..dia pernah masuk gv ke
Quote prince_marhaen 21-11-2023 02:23 PM
suara kau daripada muda pun tak sedap gak...semput2 ayam bila live... mujur ada lagu sedap... satu tu je la lagu kau... jenis defensive denial ni takyah layan... feeling masih bawah spotlight.. walhal sendu.. anak dah la perasan lawa..
Quote tipah89 21-11-2023 02:40 PM
dia ni dari dulu suara xsedap. lepast u ada vibe2 mak mertua mulut jahat..huahuahuaaaa
Quote bellaamsar 21-11-2023 03:28 PM
Masalahnya memang x sedap
Quote JunkMail 21-11-2023 03:31 PM
Confident tu beli kat shopee ke? Murah nawww
Quote MadameOnion 21-11-2023 04:02 PM
penonton pekak..ataupun malas nak layan perangai jenis takmau kalah mcm dia ni
Quote jihyomelly 21-11-2023 04:45 PM
ntah la suara yg kluar kat tv memang x sedap okeh..tapi sheols sejenis confident yakmat.. yg dgr mcm ehhh relax nya walau x sedap
Quote alieyrina 21-11-2023 04:58 PM
Bleh geng dgn nek ani histeria
Quote MistrezHermanaz 21-11-2023 05:04 PM
alieyrina replied at 21-11-2023 04:58 PM
Bleh geng dgn nek ani histeria

boleh geng dgn tokcah jgk..sampai xtau tang mana yg x sedap..sume org dgr x sedap, dia confident sgt suara dia sedap
Quote pembacagosip 21-11-2023 05:07 PM
x nak kalah ye
Quote Cyempaka 21-11-2023 05:13 PM
a ah sedap je.. menurut dia, laki dia, anak dia.
lebih dari sorang kata sedap, kira betul sedap la tu

Quote heythere123 21-11-2023 05:43 PM
muka tembok nau makcik ni

Quote hyie 21-11-2023 06:50 PM
suara sheols memang gitu la...ada getar2 sikit. Sesuai bawak lagu macam Langit Ke-7 tu je la...lagu Dawai tak sesuai
Quote imanjannah 21-11-2023 07:06 PM
Dawai ni lagu apa?
Quote simmes 21-11-2023 09:18 PM
Walau ramai buta muzik tapi belum pekak lagi nak kata lagu dawai yang dia nyanyi tu tak sumbang
Quote Mizlyn 21-11-2023 09:23 PM
Dah berguru pun still sumbang.. Mmg gelak i dgr masa viral tu..
Quote amarakasih 22-11-2023 02:55 AM
Suara tak sedap satu. Dua, kelaut cina selatan
Quote dudaberhias 22-11-2023 03:01 AM
Suara tak sedap... Terima je lah... Patutnya bersyukur suara tak sedap je bukan macam mesin tebu macam acik eton sameon...

Ikutkan kalau kaka yang arah GV tu memang kaka dah hangkut mesin tebu letak atas pentas tu untuk gantikan kau... Lagi terhibur dan boleh bagi staff2 minum air tebu masa dahaga....

Quote DeLuna85 22-11-2023 03:04 AM
Tak sedap. Cerita pun banyak keluar sebab perang mulut dengan netizen je

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-10-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.114567 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top