Seorang indivdu meluahkan rasa terkilan apabila mengetahui isterinya menyukai kaum sejenis atau lesbian. Individu yang tidak mendedahkan identiti itu mendakwa dia dan isterinya berkahwin pada Januari 2023 iaitu selepas hampir setahun berkenalan.
Mereka berdua bekerja di syarikat yang sama tetapi lain jabatan. "Isteri aku ni ada seorang kawan baik perempuan dan aku tak kisah dia cakap diorang dah lama berkawan. Tapi minggu lepas, aku pakai laptop isteri aku. Sebab laptop aku tertinggal dekat kampung. Isteri aku lupa nak logout WhatsApp web dia. Dan aku ada perasan satu pinned chat dekat atas yang save as ‘Love’," tulisnya di laman X. Lelaki ini menyangka gelaran ‘love' adalah dirinya namun sebenarnya ia adalah gelaran buat ‘kawan baik’ isterinya yang merupakan seorang perempuan. "Bila buka chat rupanya dia chat dengan orang lain. Aku scroll sampai atas. Remuk hati aku, bersayang-sayang. Macam-macam gambar, video diorang dalam tu. Aku tak sangka rupanya isteri aku minat dekat perempuan dan kawan baik dia tu rupanya ‘girlfriend’ dia."
Lelaki ini mendakwa dia tidak pernah menyetuh isterinya sejak berkahwin kerana wanita itu seringkali memberi alasan belum bersedia setiap kali diajak bersama. "Aku tak tahu nak react apa masa tu. Patut lah sepanjang kami kahwin, dia asyik tolak bila nak bersama. Sepanjang kami kahwin, belum pernah aku sentuh dia. Antara alasan dia adalah belum ready. "Aku sabar. Aku faham. Aku tak memaksa, aku bagi dia masa. Tepi kenapa dia buat aku macam ni. Aku rasa dipermainkan sangat-sangat." Di ruangan komen, rata-ratanya tidak memahami mengapa masih ada manusia yang memilih untuk berkahwin sedangkan hati dan perasaan mereka pada orang lain. Ramai juga berharap agar lelaki terbabit dapat menyelesaikan masalah rumah tangganya. -CARI
|
Decaffeinated replied at 22-11-2023 11:18 AM
Antara nak percaya dengan tidak.
Lesbian pun boleh ja kangkang sebab tak perlu keras pun. Kecuali j ...
Firenzza replied at 22-11-2023 12:11 PM
Kan suami lesbo tu ckp bini dia ada GF, so bini dia acts mcm tomboi la......sbb tu dia x hingin kt ...
capwayang replied at 22-11-2023 02:58 PM
..sesungguhnya sang suami ini tiada langsung mengalami kerugian, demikianlah kata-kata forumers yang ...