Sebelum ini kecoh dakwaan Syamsul Yusof dah ceraikan isterinya Ira Kazar namun sampai sekarang pengarah itu masih berdima diri. Baru-baru ini menerusi video di TikTok @Zarriell, Syamsul dilihat tampil dengan rambut yang dah dipotong pendek.
Dalam video tersebut, dia bergambar dengan seorang kanak-kanak dengan memakai kain pelekat serta ‘sweatshirt’ berwarna hitam. Syamsul buat pose mengangkat jari menunjukkan simbol ‘Allah yang satu’. Dia juga sempat menitipkan pesanan kepada adik Zarriell untuk belajar bersungguh-sungguh di sekolah serta menjaga ayahnya. Bapa kepada dua cahaya mata itu juga menghadiahkan satu ciuman di pipi.
"Ingat makan banyak. Belajar rajin-rajin okay. Jaga ayah okay." Di ruangan komen, pemilik akaun terbabit mendedahkan anak kepada Datuk Yusof Haslam ini seorang yang pemurah kerana selalu memberikan duit kepada adik Zarriell. Di ruangan komen ramai yang kata Syamsul kelihatan agak serabut dan mukanya nampak sedang bersedih. Ada juga yang perasan Syamsul nampak kurus dan membuat andaian hatinya tak bahagia.
|
Manusiabesa replied at 21-11-2023 12:22 PM
Tak skrg ni kita ot la kejap. Lari jap dri subjek. Kita fokus kt prop. Budak tu muka dia pelik. Tu j ...
ADVERTISEMENT