CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dikutuk Guna Paracetamol Untuk Lembutkan Daging Dalam Masakan

21-11-2023 10:40 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3272| Komen: 24

​JAKARTA – Seorang wanita memasukkan ubat paracetamol ke dalam masakan yang didakwa sebagai petua untuk menjadikan daging mudah lembut.

Okezone melaporkan,  berdasarkan rakaman, wanita berkenaan dilihat memasukkan sebiji tablet  paracetamol ke dalam masakan daging yang menurut netizen, cara itu kerap digunakan untuk melembutkan  daging yang dimasak.


Namun, video tersebut mengundang perhatian beberapa pengamal perubatan yang memberi amaran agar orang ramai tidak menirunya.




Menurut seorang pengamal perubatan yang juga pengguna TikTok, Ayman Alatas, tindakan itu  berbahaya kerana paracetamol menjadi toksik apabila terkena haba masakan.

“Apabila masakan dipanaskan, akan berlakunya proses-proses tertentu yang membuatkan paracetamol menghasilkan toksik atau bahan beracun,” kata Ayman.


Tambahnya, tindakan itu juga boleh menyebabkan kesan jangka panjang yang berbahaya.

“Zat beracun akan memberi kesan jangka panjang yang berbahaya untuk tubuh. Justeru, orang ramai dinasihat jangan menggunakan paracetamol dalam masakan. Apatah lagi jika kebiasaan ini dilakukan selama bertahun-tahun,” jelasnya.

Ayman turut menyarankan agar orang ramai menggunakan bahan semula jadi untuk melembutkan daging seperti nanas.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Saya baru tahu petua melembutkan daging guna paracetamol,” kata seorang netizen.

“Dari manalah mereka mendapat idea untuk masak daging menggunakan paracetamol,” kata pengguna lain. –CARI

Sumber: Kosmo



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 21-11-2023 11:34 AM
Daging lembu paling senang nak jadi lembut..tak payah pakai panadol apa bagai.
Quote Thunderclouds 21-11-2023 12:14 PM
Pakai baking soda dekkk.. Baking. Soda!
Quote sayurmayur88 21-11-2023 01:22 PM
ada yg letak sudu, garfu, tempurung kelapa bagai.
Quote shy79 21-11-2023 02:59 PM
hanat sungguh peniaga mcm ni
Quote syamzana 21-11-2023 03:05 PM
dahsyatnya

gunanya multicooker 30mins siapp
Quote Solokkk 21-11-2023 06:31 PM
Indon jongosss
Quote I.K.A888990 21-11-2023 07:54 PM
apa nak dihairankan dgn negara sana
Quote ultra78 21-11-2023 08:48 PM
Kau masak aje dalam pressure cooker. Confirm lembut daging tu.
Quote B40tastePosh 21-11-2023 08:56 PM
Pakai la Butterfly pressure cooker.

Quote B40tastePosh 21-11-2023 08:57 PM
Edited by B40tastePosh at 21-11-2023 08:59 PM
ultra78 replied at 21-11-2023 08:48 PM
Kau masak aje dalam pressure cooker. Confirm lembut daging tu.


Haritu meols masak daging kerbau masak kurmak bagi kat pekerja Indon.

Diorg pelik macam mana daging kerbau tu boleh lembut.

Aku cakap gue masak lama lama atas panci.
Quote kaedahnya 22-11-2023 12:08 AM
pernah dengar cara macam ni tapi ada yang buat sungguh rupanya
Quote SecretLuv 23-11-2023 12:41 AM
Kalau yang letak eno dalam kuih tu bahaya jugak ke?
Quote liyamariska 23-11-2023 03:14 AM
walaupun pil paracetamol tu byk kegunaannya, tapi cam tak tergamak nak wat camni...
Quote ipes2 23-11-2023 04:54 AM
memang patut pon
Quote raihaneem 23-11-2023 07:41 AM
SecretLuv replied at 23-11-2023 12:41 AM
Kalau yang letak eno dalam kuih tu bahaya jugak ke?

Eno bg saya ..ok..sbb dia gabungn 3 jenis garam mineral..
Lain dgn bhn paracetamol..

Sorry saya tk pndai kimia...tp itu yg saya tau.
Quote TomyamPuteh 23-11-2023 08:24 AM
Noxxa kan adeeeeee....
Quote juruterra 23-11-2023 08:48 AM
liyamariska replied at 23-11-2023 03:14 AM
walaupun pil paracetamol tu byk kegunaannya, tapi cam tak tergamak nak wat camni...

idok rasa payau ke gulainya tu
kaka kalau masak daging lama2 tutup periuk tu api kecik2...kdg sampai 2 jam baru diangkat
Quote kechikchomel 23-11-2023 09:05 AM
kaedahnya replied at 22-11-2023 12:08 AM
pernah dengar cara macam ni tapi ada yang buat sungguh rupanya

mak kawan iolss tukang masak katering. dia pun bagi tips macam ni. tapi iolss tak tau la dia buat macam ni ke tak

Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 09:22 PM

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.051404 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top