CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tetamu Seram Nak Check In, Homestay Siap Ada Katil Hospital Dan Siling Lopong

21-11-2023 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5402| Komen: 29

Seorang individu berkongsi pengalamannya menginap di sebuah homestay yang dianggap aneh dan menyeramkan.

"Korang tengok apa yang pelik ada pada homestay ni. Nak gelak ke nak nangis?" tulisnya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.


Menerusi video yang dikongsikan itu, individu berkenaan merakam suasana di dalam homestay berkenaan di mana kelihatan sebuah katil hospital terletak di ruang bersebelahan dapur.


Foto: mStar

Lebih menyeramkan, ruang bumbung di atas tandas pula terlopong tanpa ditutup dengan siling sebagaimana ruang yang lain.

"Masa booking tu owner tak cakap apa-apa pun keadaan rumah ni macam mana. Bila dah check-in, alamak seram pula.

"Katanya homestay ni dulu bekas rumah emaknya, kini dah meninggal dunia sebab Covid-19," kongsinya lagi.

Menurut individu berkenaan, dia sudah meminta pemilik mengirimkan gambar sekitar homestay tersebut, namun gambar katil hospital dan bumbung tandas tidak dikongsikan kepadanya.



Foto: mStar

"Ada bagi (gambar). Tapi bab siling dan katil seram ni saja dia tak bagi," katanya pada ruangan komen.

Individu berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi homestay dan berapa lama dia menginap di situ.

Di ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui turut berasa seram sekiranya mengalami situasi yang sama dengan individu berkenaan.

"Menangis macam ni weh!

"Kemas tapi tetap nampak seram.

"Macam ni punya rumah dengan katil wad pun tergamak nak buat homestay. Ni jadi wardstay," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote B40tastePosh 21-11-2023 10:47 AM
Okey je katil hospital tu...mana tau kau pulak bedridden
Quote Buritan 21-11-2023 12:06 PM
Laaa.. ekkkkkk..
Quote Weller 21-11-2023 12:09 PM
awat la katil  tu tak sedekah kat orang lain yang memerlukan? panjangkan sedekah


huhuhu
Quote dua_chzy 21-11-2023 12:13 PM
Tergamaknya la pakai katil aruah mak kau kasik orang tido kat homestay...
Quote Mamason 21-11-2023 12:18 PM
dua_chzy replied at 21-11-2023 12:13 PM
Tergamaknya la pakai katil aruah mak kau kasik orang tido kat homestay...

Dia tak kata pemilik tu suruh tidor atas katil hospital arwah mak dia... dia cuma mention katil hospital terletak di ruang bersebelahan dapur and ruang dapur tu berlobang syilingnya idak di tutup... Tapi, Mmg laa scary.. masuk2 nak stay situ2 tiba2 ada katil spital lak dok elok jeee sebelah dapur haaa... aishhh check out je lah terus.. xde nya nak tidor situ.. huhuhu
Quote dua_chzy 21-11-2023 12:23 PM
Mamason replied at 21-11-2023 04:18 AM
Dia tak kata pemilik tu suruh tidor atas katil hospital arwah mak dia... dia cuma mention katil ho ...

Ooo aiols tak baca artikel.

Still, tak appropriate la kan. Seriau la nampak katil orang sakit kat homestay.
Quote Mamason 21-11-2023 12:25 PM
dua_chzy replied at 21-11-2023 12:23 PM
Ooo aiols tak baca artikel.

Still, tak appropriate la kan. Seriau la nampak katil orang sakit kat ...

Itu le, sejenis penakut mcm mama ni, mmg terbayang mcm2 laaa uiiii
Quote newyork 21-11-2023 12:28 PM
Pass2 je la.katil hospital tu..wakaf kan. Mmg sscary la homestay ada katil org sakit..nak bercuti pun tak best...
Quote lee_sakura 21-11-2023 12:43 PM
Weller replied at 21-11-2023 12:09 PM
awat la katil  tu tak sedekah kat orang lain yang memerlukan? panjangkan sedekah

mungkin ada org nk tp xde transport nk bawak...kalo guna lalamove pon ntah berapa ratus kene bayar...ni ikot pengalaman iols yg ada pesakit bedridden kt rumah
Quote Mary_jane 21-11-2023 01:02 PM
Ni silap2 bangun pagi ada tido kat muka pintu.
Quote BoongaKertas 21-11-2023 02:11 PM
iols ok lg part bed spital tu. tp bab siling cenggitu, cuak gak
Quote venom1 21-11-2023 02:13 PM
katil dengan siling terbukak tu ada unsur mistik ke?
Quote kotakbaju 21-11-2023 02:20 PM
Iols sorang je ke tak rasa apa2 yang pelik
Quote uda 21-11-2023 02:44 PM
venom1 replied at 21-11-2023 02:13 PM
katil dengan siling terbukak tu ada unsur mistik ke?

Daripada pembacaan I; orang dulu2 kalau susah nak meninggal, mereka suspect anda 'membela' so buka atap rumah supaya 'hantu' tu boleh lepas keluar.
Quote Radzor 21-11-2023 03:17 PM
uda replied at 21-11-2023 02:44 PM
Daripada pembacaan I; orang dulu2 kalau susah nak meninggal, mereka suspect anda 'membela' so buka ...

Ah sudahhh
Quote Kangkung1M 21-11-2023 03:35 PM
kotakbaju replied at 21-11-2023 02:20 AM
Iols sorang je ke tak rasa apa2 yang pelik

Memang takde apa yang pelik.

[TikTok]7302416554212199687[/TikTok]
Quote immi 21-11-2023 03:42 PM
Cuma tak bersiling je kan. Bukan x berbumbung. Toilet rmh aku pon x bersiling, saja biarkan berbumbung genting. Dlm rmh n bilik bersiling kayu
Quote pearl.silver 21-11-2023 03:43 PM
Kangkung1M replied at 21-11-2023 03:35 PM
Memang takde apa yang pelik.

Pas tgk video tu

X seram langsung

Amende la
Quote dani-rox 21-11-2023 05:17 PM
selain masalah katil dan siling tu, ai tengok ok jah homestay nya. takda apa2 lah.

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.043270 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top