CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Cemburu Tikam Suami Rakam Gambar Anak Saudara Perempuan

20-11-2023 10:31 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1626| Komen: 2

Phnom Penh, Kemboja – Seorang lelaki cedera parah akibat ditikam isterinya selepas dia mengambil gambar anak perempuan saudara mereka, lapor akhbar Khmer Times hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 8 malam (waktu tempatan) kelmarin di daerah Oral, wilayah Kampong Speu.



Menurut Polis Daerah Oral, wanita bernama I Sophorn, 39, itu berang apabila melihat suaminya, Om Chhuon, 44, mengambil gambar anak saudara perempuan mereka.

Selepas ditikam, lelaki itu cedera parah pada bahu kirinya dan dikejarkan ke Hospital Wilayah Kampong Speu untuk rawatan.

Polis berkata, punca si isteri mengeluarkan pisau untuk menikam suaminya adalah kerana cemburu.

Suspek kini ditahan polis dan dibawa ke Inspektorat Polis Daerah Lisan untuk tindakan undang-undang. 


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 21-11-2023 10:14 AM
pENGKID KE BINI HEOLLS?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 04:40 PM GMT+8 , Processed in 0.030833 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top