Seorang penunggang basikal hampir maut apabila dia terjatuh selepas bergesel dengan rakannya di sebuah jalan raya. Melalui satu video tular yang dimuat naik di laman media sosial X (Twitter) pada Isnin, kejadian itu berlaku pada Ahad.
"Takut tengok hobi orang berbasikal ini. Nasib umur masih panjang. Hampir kena gilis kereta selepas bergesel sesama sendiri," ciapnya @anthraxxx781. Daripada rakaman papan pemuka kenderaan (Dashcam) tersebut, kelihatan sekumpulan lelaki berkenaan berada di lorong kiri jalan dan keadaan jalan pada waktu itu juga agak sesak. Tindakan mereka yang didakwa mementingkan diri sendiri yang berbasikal secara berbahaya dengan memotong sesama sendiri membawa padah apabila salah seorang daripada mereka terjatuh ke tengah jalan. Namun, nasib baik menyebelahi dirinya kerana ketika kejadian, kereta yang berada di belakang lelaki berkenaan sempat mengelak dan tiada kemalangan membabitkan kenderaan lain yang berlaku.
|
Samerosie replied at 20-11-2023 08:08 PM
Entahlah. Nak cakap lebih2 semua dah besar panjang so iols ckp pendek je la..adan uker.
noor2 replied at 20-11-2023 08:19 PM
Kalau u lalu jalan Banting..penuh dgn org berbasikal..padahal jalan tu tgh construction..dan sanga ...
Samerosie replied at 20-11-2023 08:33 PM
Tak payah jln banting cik noor, pagi2 berlumba dgn derang jalan besar kat kota warisan towards put ...
Samerosie: Entahlah. Nak cakap lebih2 sem ...
noor2 replied at 20-11-2023 08:43 PM
Elok ada yg kiok..depa yg mintak ..pemandu kereta terpaksa berhati2
ADVERTISEMENT