Seorang kanak-kanak maut, dipercayai terjatuh dari bangunan tinggi di Pangsapuri Kos Rendah Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur pada Isnin. Berdasarkan informasi yang dikongsikan oleh orang awam di aplikasi Telegram, kejadian berlaku pada pukul 1 petang.
Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi sama, mayat mangsa yang jatuh itu dilihat ditutup dengan kain batik di lokasi kejadian. Orang awam dilihat mengerumuni lokasi itu.
|
ADVERTISEMENT