CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Sharon Paul Dan Rusdi Ramli Tunggu Masa Nak Bercerai

20-11-2023 04:52 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21087| Komen: 169

Isteri Rusdi Ramli, Sharon Paul menafikan dirinya bersama suami sudah tidak tinggal sebumbung lagi.

Katanya dia dan Rusdi masih lagi sah bergelar suami isteri namun tidak menafikan sedang melalui fasa yang sukar dalam rumah tangga.


Foto: IG

“Anak saya dah besar, suami saya Rusdi Ramli masih mengarah dan berlakon tapi tak tahulah dia macam tak bersemangat.

“Bagi saya, saya akan mencari benda baru kalau tak boleh buat ini, buat itu untuk teruskan hidup kita. Tapi saya tengok dia macam sendu sahaja.



“Kami masih tinggal sebumbung dan masih bergelar suami isteri tapi mungkin dia tengah lalui sesuatu sekarang. Mungkin sebab tiada job ke banyak kerja jadi dia pun down.

“Kami tak boleh berkomunikasi dan saya tahu lelaki ni tak boleh desak jadi saya hanya bagi dia masa dan ruang,” katanya kepada Melodi.



Sharon mengakui dirinya hanya menanti lampu hijau atau ‘greenlight’ dari suaminya, Rusdi untuk berpisah memandangkan dirinya sudah terbiasa berdikari.

“Bagi saya, saya utamakan anak-anak. Anak bongsu saya, Rayyan dia 11 tahun. Dia selalu nak kami jadi keluarga. Jadi saya hanya tahan jelah.

“Saya rasa semua perkahwinan melalui fasa itu. Bukan gaduh tapi lebih kepada memberi ruang kepada satu sama lain. Sebenarnya, saya hanya menunggu greenlight daripada dia.



“Saya tak kisah tentang itu sebab saya sangat berdikari. Saya tak bergantung pada apa status saya, saya dah hidup berdikari terlalu lama.

“Mungkin, saya hanya menunggu anak-anak. Selepas anak-anak habis sekolah dan tak perlukan kami bersama, apa yang baik sekarang bila dia ada di rumah. Saya selalu habis kerja lambat, so sangat bagus bila Rusdi yang uruskan anak,” jelasnya. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freyayong 20-11-2023 04:55 PM
sharon paul ni komposer yg buat lagu romansa kita siti tu kan?
Quote alesandra 20-11-2023 04:55 PM
Dulu terkejut gak mcm mana la deyols ni bole kawen.
Quote putericahaya999 20-11-2023 04:57 PM
Janganla cerai... talk la pls talk
Quote Fly_over 20-11-2023 05:00 PM
anak deyols mcm kacuk matsaleh..
Quote Suchi 20-11-2023 05:00 PM
Selamba je dia bercerita seolah2 mcm cerita ngan kawan huhu
Maybe dia bukan melayu kan, biasanya org melayu ni sedaya upaya berkias2.
Hat ni terus je cerita laki dah tak byk job, takde semangat.
Pastu dia lak tunggu green light je utk dilepaskan, mcm tak kisah pun kalau bercerai.
Bertahan sbb tanggungjawab pada anak2 je pun, nak tunggu anak2 dah dewasa dan dan tak perlukan dorang bersama lagi ktanya.

Cinta dah abis la kot nih..kalau masih sayang takda ckp gitu huhu
Quote supernaturalee 20-11-2023 05:00 PM
“Bagi saya, saya akan mencari benda baru kalau tak boleh buat ini, buat itu untuk teruskan hidup kita. Tapi saya tengok dia macam sendu sahaja."

xde lapik2 pun
bkn cliche jwpn dia mcm kebanyakan artis

maybe sbb bkn retis kot


Quote scarflicious 20-11-2023 05:02 PM
Apalah ckp mcm tu pasal husband.
Quote AWEKSAMURAI 20-11-2023 05:03 PM
Dari smlm aku tggu thread ni tgok kat melodi .. pergh straight btul sharon ni .. kalau artis lain mesti ckp no komen
Quote mamajawie 20-11-2023 05:05 PM
kita ni kan walaupun marah macam mana kat somi pun x payah la nk dedahkan aib heollss..i ni lain la kat forum je berbunyi kat socmed diam membisu takde post quote2 sedeyh ni
Quote AWEKSAMURAI 20-11-2023 05:06 PM
Suchi replied at 20-11-2023 05:00 PM
Selamba je dia bercerita seolah2 mcm cerita ngan kawan huhu
Maybe dia bukan melayu kan, biasanya org ...

Mybe penat dh kot discuss bagi jalan bgi cadangan .. husband jenis ego nk mampos xnk terima langsung cadangan bini ...
Quote I.K.A888990 20-11-2023 05:06 PM
aku ni mati2 ingat pak cik ni belum kawen
rupanya anak 2 dah dia.....
Quote JunkMail 20-11-2023 05:11 PM
I.K.A888990 replied at 20-11-2023 05:06 PM
aku ni mati2 ingat pak cik ni belum kawen
rupanya anak 2 dah dia.....

Dah bercucu dah dia... Anak sulung dia pun kawen awal macam dia gak.
Quote twins 20-11-2023 05:12 PM
semoga dorang berdua berjaya melalui fasa2 yg sukar ni dan dapat selamatkan rumahtangga hingga hujung nyawa.  sayang kalau rumahtangga yg di bina berbelas2 tahun musnah hanya sbb masing-masing dah rasa tak der kemanisannya lagi... dua-dua pihak kena berusaha untuk memulihkan suasana.. satu pihak jer takkan boleh  berjaya...
Quote I.K.A888990 20-11-2023 05:14 PM
JunkMail replied at 20-11-2023 05:11 PM
Dah bercucu dah dia... Anak sulung dia pun kawen awal macam dia gak.

ya ampun mmg ketinggalan sungguh aku ni...
wah dah jadi atok pn
Quote Wek_omeh2 20-11-2023 05:16 PM
Dedulu RR ni berchenta dgn shery merlis kan,last2 kawin dgn sharon nih.. si joyah tu dulu syg gile kat shery merlis
Quote babyLON. 20-11-2023 05:18 PM
comel betul anak anak
Quote zuri154 20-11-2023 05:20 PM
supernaturalee replied at 20-11-2023 05:00 PM
“Bagi saya, saya akan mencari benda baru kalau tak boleh buat ini, buat itu untuk teruskan hidup ki ...

achik sharon pun malas di asak2 dgn repoter. jawab je terus terang. at least bkn sebab org ketiga.
Quote sismarkonah 20-11-2023 05:24 PM
Edited by sismarkonah at 21-11-2023 01:29 PM

Dari cara wife dia bercerita, 'spark; antara diorang dah semakin menghilang. Lebih kepada housemate bukan soulmate lagi.

kata melayu yang berlapik, cinta yang semakin sirna.

sebab tu tak hairan ada couple yang bercerai waktu usia lewat, banyak perkara yang dipertahankan sewaktu muda dan bila t/jawab sudah selesai diorang akan build new chapter.

sebab tu juga most of time lelaki mmg kena jadi lelaki, be bold & firm dan sayang your wife more than her sayang u sebab women still women, tetap ada satu ruang untuk menerima seseorang tu kembali atas dasar cinta.

gitueww kak konah mengkomen di petang senin.


Quote Nenasketum 20-11-2023 05:41 PM
Selam la kot. Wishing2 kismas bagai. Rushdi tak didik isteri, selamba badak jer bini tu ngata dia. Binawe sungguh

Lihat semua komen(169)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:36 PM GMT+8 , Processed in 0.142094 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top