Seorang bapa merogol anak kandungnya sehingga menyebabkan mangsa hamil sebanyak dua kali. Lagi jijik isterinya juga turut ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes terbabit.
Tribunnews melaporkan, suspek yang berusia 46 tahun itu melakukan perbuatan terkutuk tersebut berkali-kali iaitu sejak tiga tahun lalu. Meskipun si isteri mengetahui perbuatan suspek, tetapi wanita terbabit langsung tidak melindungi anak perempuan mereka. Ia disebabkan suspek akan mengugut mahu membunuh diri sekiranya si isteri melarangnya merogol mangsa. Si isteri yang takut kehilangan suami tercinta hanya menuruti kemahuan suspek. Akibat perbuatan itu, mangsa telah hamil sebanyak dua kali dan ibu mangsa turut bersubahat memberi ubat-ubatan dan jamu untuk menggugurkan kandungan tersebut. -CARI |
ADVERTISEMENT