Rozita Che Wan berkongsi momen sepanjang konsert Aina Abdul berlangsung. Katanya walaupun sedang sibuk menjalani penggambaran di Kelantan, namun bukan penghalang untuknya hadir dan menyaksikan sendiri persembahan Aina walaupun terpaksa tidur di dalam kereta.
“Boleh lah lena dah tidur malam ni. Walaupun tidur dalam kereta. “Kami datang Kuala Lumpur dari Kelantan semata-mata konsert Aina Abdul. Sekarang dah gerak Terengganu sambung shooting,” katanya. Selain Che Ta, antaran barisan rakan artis yang hadir adalah Ziana Zain, Ajai, Datuk AC Mizal serta pasangan suami isteri Khai dan Rosma.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen berkenaan, rata-rata netizen memuji kesungguhan Che Ta sekaligus mengucapkan terima kasih kerana hadir dan menyokong pelantun lagu Semalam itu. -CARI Sumber: XTRA
|
ADVERTISEMENT