CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fuad Mampu Nak Sara, Minta Tom Berhenti Kerja Di Kelab Malam

20-11-2023 03:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3212| Komen: 18

Fuad Rahman meminta isterinya, Tom supaya tidak lagi menjadi penyanyi kelab malam sebagai langkah mengelak daripada fitnah masyarakat.

Fuad tidak mahu nama isterinya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang tidak baik selain ia demi kebaikan buat mereka sekeluarga.


Foto: IG

"Kami tidak menghina orang yang bekerja di kelab malam, cuma saya beritahu Tom yang nama dia semakin meningkat naik... Saya takut ada orang rakam video dia ketika bekerja dan viral.

"Walaupun tidak sentuh air itu (arak), orang nanti kata kita sentuh. Jadi saya minta dia berhenti demi kebaikan diri dia dan anak-anak.

"Kalau lounge hotel mungkin tapi kalau kelab malam memang saya tak galakkan," katanya kepada mStar.



Sebagai suami dia bertanggungjawab mencari rezeki bagi menyara Tom dan anak-anak mereka.

Malah dia tidak mahu maruahnya sebagai suami tercalar dengan kata-kata netizen yang adakalanya tidak sahih.

"Saya tak nak orang cakap apa-apa (perkara negatif) nanti saya juga yang geram. Sebagai suami sikit-sikit saya boleh diam lagi tapi kalau sudah keterlaluan mestilah saya terasa.



"Saya minta dia berhenti bukan apa sebab tak mahu Tom tertekan dengan kata-kata orang," ujarnya.

Sementara itu, Tom atau Raja Farah Afzan Raja Ikram, 37, berkata, meskipun merindui rakan-rakan di kelab malam namun dia ingin memberi fokus kepada karier nyanyian yang sedang meningkat naik ketika ini.

Tom juga akur dengan permintaan suami selain melihat ia peluang untuk memberi lebih fokus kepada keluarga dan anak-anak.



"Saya tinggalkan kerja di kelab malam sejak tahun lalu tapi saya tak mahu cakap saya tidak akan kembali ke sana sebab kita tidak tahu rezeki saya di mana.

"Selepas tersingkir Gegar Vaganza tahun lalu saya ada pergi ke kelab dan buat persembahan tapi masa itu semua kamera telefon naik untuk ambil video.

"Fuad pula dapat tahu saya menyanyi di kelab waktu itu dan minta saya untuk berhenti," kongsinya.


Untu rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 23 Februari lalu di Batam, Indonesia.

Sebelum ini Tom pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan hasil perkahwinan tersebut dia mempunyai tiga orang cahaya mata lelaki.

Manakala Fuad pula pernah berkahwin sebanyak dua kali dan memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertama. -CARI

Sumber: mStar
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minahmanja 20-11-2023 03:22 PM
dah betul lah tu... ikut je lah tom..
Quote prince_marhaen 20-11-2023 03:23 PM
faham...








Quote Sazreena 20-11-2023 04:36 PM
Dah ada org nak sara tu bersyukur je lah.
Quote bendera 20-11-2023 04:47 PM
ni baru lah sekufu..tapi doakan yg baik2 udah la .Mana tahu pengakhiran dia lebih baik dari kita.
Quote dewi_rina 20-11-2023 04:53 PM
Memang fuad mampu, tapi kalau dah kena kikis tak mampu aih ko puad

Ada je benda dia mintak, sekejap board sekejap kasut sekejap mainan anak2 dia

Tu belum lahir anak baru lagi tu, masak lerrrr

P/s: JANGAN LUPA ANAK2 KANDUNG DAH BESAR PANJANG KAT SINGAPORE TU YE
Quote dewi_rina 20-11-2023 04:55 PM
"Selepas tersingkir Gegar Vaganza tahun lalu saya ada pergi ke kelab dan buat persembahan tapi masa itu semua kamera telefon naik untuk ambil video.


"Fuad pula dapat tahu saya menyanyi di kelab waktu itu dan minta saya untuk berhenti," kongsinya.


Makin banyak kisah korang ni keluar, baik korang diam
Quote beautifulorchid 20-11-2023 05:22 PM
bagusla... tanggungjawab sebagai bapak.. lelaki mmg la kene la keluar mencari rezeki.. bukan duduk rumah mcm angkasawan tu
Quote naina 20-11-2023 05:35 PM
Adoii tak berkenannya kapel ni
Tapi gud for you la Tom Fuad xizin ko kerja kelab malam lagi
Aku seramm tengok bukaak mulut Tom ni luas betol ya
Quote kucingitam 20-11-2023 05:35 PM
bagus juga Fuad ni...kalau dia kata dia mampu, biarlah...acik2 yang masih membanting tulang membantu suami cari nafkah tu tak usah lah cemburu...
Quote anony-mous 21-11-2023 02:32 AM
Baik jgk la puad ni , masih ada maruah walaupon secubit xbg wife keje dah dkt kelab malam
Quote Burong_Hantuk 21-11-2023 07:55 AM
ada jer gosip pasal laki bini berkerak nih
Quote annadonna 21-11-2023 08:17 AM
Baguslah. Fuad menunjukkan tanda dia bukan biawak hidup.
Quote tipah89 21-11-2023 10:25 AM
ha elok la tu tomyum duduk rumah diam2
Quote IzzahF 21-11-2023 10:28 AM
alah kalo mampu nak keje pun apa salahnya. byk lg pekerjaan atas muka bumi malaysia nih, bangla, indon, nepal, paki, pinoy berebut2 dtg keje sini

kelab tu jugak dia nak
Quote MadameOnion 21-11-2023 11:39 AM

faham sungguh ni..tak payah lukis
Quote Skyline_84 21-11-2023 11:41 AM
prince_marhaen replied at 20-11-2023 03:23 PM
faham...

Quote dewi_rina 21-11-2023 03:18 PM
Tom mintak mic tu fuad oi, dok hint-hint takde mic susah nak nyanyi takde mic.. Tak paham2 lagi ke

Sbelum ni gitu jugak, dok hint takde itu ini.. org tu beli org ni beli

Dasar tom kaki kikis suka memintak.. ko takde duit sendiri ke nak beli? Semua benda nak mintak org? Barang anak ko pun ko mintak2 org bukan pakai duit ko.. Duit ko buat apa eh..
Quote Dolmat 22-11-2023 11:30 PM
Edited by Dolmat at 23-11-2023 01:38 AM

Ya lah Tom berhenti kerja kelab dengarlah cakap laki ko si Puad tu selagi dia masih laki ko.. kalo jodoh ko dgn Puad tak panjang bleh lah ko kerja kelab malam balik sebab belum tentu si POAD mampu nak bayar mutaah, eddah, maintenance anak ko tu nanti.. Dan mungkin si POAD akan MENGANJINGKAN KO pulak macam mana dia MENGANJINGkan bekas Bini DIA yg kerja police SPF di Singapore sebagai BEROK.

EX wife dia tahu undang2 ikutkan boleh samannnnnn laki KO si POAD tu... Cuma Aku rasa ex wife dia masih ada sifat Ihsan kesian kot sebab pilih amek POAD sebagai laki..

Tu yg laki KO POAD tak berani nak MENGANJINGkan ex wife dia lagi! Satu Kali POAD bunyi lagi confirm... Cun surat Saman singgah hinggap kat muka legam berkerak laki KO si Poad tuuu..

So sabar ok.. kalo jodoh tak panjang KO bleh balik kerja kelab malam TERKINJA2 lompat2 untuk menafkahi anak2 ko ya Tom.

Sungguh mual loya dgn criter korang!

#donemengencamsampah

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.191405 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top